4 wanita pakai bikini berjemur dekat kuil
4 wanita pakai bikini berjemur dekat kuil

BANGKOK – Sekumpulan wanita asing menerima kritikan di Chiang Mai, Thailand selepas berjemur matahari dengan memakai bikini berhampiran sebuah kuil Buddha, lapor portal berita MSNews hari ini.
Kejadian itu berlaku di sebuah kawasan berumput terletak bertentangan dengan Kuil Ratchamonthian, sebuah tapak suci penganut Buddha di Chiang Mai, pada 5 Januari lalu.
Gambar empat wanita tersebut dimuat naik di sebuah halaman Facebook tempatan, dengan pengirim asal (OP) mengecam perbuatan itu sebagai tidak wajar.
Imej tersebut menunjukkan wanita-wanita itu memakai bikini sambil duduk dan berbaring di atas rumput.
Dalam hantaran tersebut, OP menekankan bahawa tingkah laku demikian dianggap tidak menghormati budaya Thai dan mempersoalkan sama ada pelancong berkenaan berusaha untuk mempelajari adat tempatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal
- Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti
- PAU 2025: Perjuangan Wanita UMNO Daripada Pendidikan Hingga Kuota 30 Peratus Calon – Noraini
Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah
Portal berita Thailand, Khaosod, melaporkan bahawa OP menyaksikan kejadian itu ketika memandu melalui bandar Chiang Mai.
Ramai netizen Thailand meluahkan rasa kecewa dengan seorang daripada mereka mencadangkan supaya pihak berkuasa meletakkan papan tanda di sekitar kawasan itu bagi mendidik pelancong tentang adat tempatan. – AGENSI
4 wanita pakai bikini berjemur dekat kuil
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
You must be logged in to post a comment.