3 mayat rentung dalam kebakaran kilang di Olak Rempit disyaki Rohingya
3 mayat rentung dalam kebakaran kilang di Olak Rempit disyaki Rohingya

SHAH ALAM: Tiga mayat rentung dalam kebakaran kilang di kawasan perindustrian Olak Lempit di Banting, Kuala Langat, dekat sini malam kelmarin disyaki etnik Rohingya.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, berkata ia berdasarkan pengecaman yang dibuat individu dipercayai waris mangsa.
“Setakat ini, ketiga-tiga mangsa itu disyaki Rohingya. Kita hantar ke Hospital Banting untuk dibuat ujian DNA dan ada tiga individu yang juga etnik Rohingya mengaku waris kepada mangsa merujuk kad pelarian UNHCR (Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian).
“Selepas hasil keputusan DNA daripada Hospital Banting, polis akan maklum semula identiti ketiga-tiga mangsa terbabit,” katanya kepada media hari ini.
Bagaimanapun, katanya, polis masih menyiasat mengapa ketiga-tiga individu terbabit berada di kilang yang tidak beroperasi ketika kejadian berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal
- Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti
- PAU 2025: Perjuangan Wanita UMNO Daripada Pendidikan Hingga Kuota 30 Peratus Calon – Noraini
Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah
Semalam, polis mengesahkan tiga mayat ditemui rentung ketika pemeriksaan lanjut bomba kira-kira jam 11 pagi selepas kebakaran dilaporkan berlaku sekitar jam 10.05 malam itu.
Siasatan bomba mendapati kilang terbakar 100 peratus adalah kilang memproses sisa minyak dan kilang bahan polimer di bangunan kelas B.
Di SEPANG, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata pihaknya menunggu hasil siasatan kes kebakaran berkenaan yang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Katanya, polis setakat ini belum dapat menentukan sama ada wujud unsur jenayah dalam insiden terbabit susulan penemuan tiga mayat rentung itu.
“Kita tak dapat tentukan lagi kerana bomba masih lagi menjalankan siasatan forensik. Jadi kita tunggu hasil siasatan forensik kebakaran sebelum menentukan tindakan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah KLIA di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA, hari ini.
3 mayat rentung dalam kebakaran kilang di Olak Rempit disyaki Rohingya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
You must be logged in to post a comment.