Wanita tangkap ular demi beli beras
Wanita tangkap ular demi beli beras

JAKARTA – Seorang wanita di wilayah Jawa Barat, Indonesia mengundang perhatian ramai apabila sanggup menangkap beberapa ekor ular berbisa untuk dijual demi membeli beras, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform X oleh akaun @neVerAl0nely___ menunjukkan wanita itu secara bersahaja ‘menggalas’ sejumlah reptilia di bahunya.
Lebih mengejutkan, dia menangkap ular-ular itu dengan tangan kosong di kawasan hutan.
Wanita tersebut menjelaskan kepada perakam bahawa semua ular itu akan dijual dan hasil jualannya akan digunakan untuk membeli beras.
Rakaman itu mencatatkan lebih 395,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial.
“Sungguh menakutkan tetapi pada masa sama, ia menyedihkan. Inilah perjuangan seorang ibu demi mencari sesuap nasi,” kata seorang netizen.
“Jangan main-main dengan kuasa ibu,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Wanita tangkap ular demi beli beras
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal
- Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti
- PAU 2025: Perjuangan Wanita UMNO Daripada Pendidikan Hingga Kuota 30 Peratus Calon – Noraini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah
You must be logged in to post a comment.