Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti

Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti

Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah berkata semangat yang ditunjukkan perwakilan Pergerakan Puteri UMNO mencerminkan kesungguhan tinggi untuk mengembalikan kekuatan parti di semua peringkat.

Menurutnya, suasana persidangan yang dipenuhi semangat positif dan sikap terbuka wajar dijadikan contoh oleh seluruh jentera parti, khususnya dalam mendepani cabaran politik semasa.

“Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO begitu bersemangat dan ‘very sporting’. Inilah semangat yang dipegang oleh semua perwakilan dan ia harus diamalkan di kawasan masing-masing, insya-Allah UMNO akan kembali bangkit.

All this positive attitude tetapi di lapangan sudah berbeza. Insya-Allah… Puteri UMNO akan menjadi pemangkin penentu hala tuju di kawasan masing-masing.

Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti

“Hujah-hujah yang dibawa oleh perwakilan Puteri UMNO semuanya mantap. Ini bermakna kesemua perwakilan it was well prepared buat research dan tidak terburu-buru,” beliau berkata ketika sesi penggulungan Persidangan Pergerakan Puteri UMNO di Worlds Trade Centre (WTC), sebentar tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan


Mengulas lanjut, Shafie yang juga Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju menzahirkan penghargaan kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi bersama barisan exconya yang berjaya menjayakan persidangan ini.

Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti

“Saya ucap tahniah kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi serta semua exco-exco yang berjaya memimpin dan berjaya menjayakan persidangan Puteri UMNO 2025,” ujarnya.

Perhimpunan Agung UMNO 2025 berlangsung dari 14 sehingga 17 Januari ini menjadi medan penting untuk perwakilan membahaskan usul, menyuarakan pandangan dan merangka hala tuju parti dalam menghadapi cabaran politik semasa.

Perhimpunan ini turut dilihat sebagai platform penyatuan ahli parti serta memperkukuh tekad UMNO untuk terus relevan dan berperanan dalam landskap politik negara. – UMNO Online

Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker