Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal

Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal

Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh menegaskan beliau akan menggunakan sepenuhnya masa yang ada selepas ini untuk turun ke akar umbi dalam usaha memperkukuh perjuangan parti, khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, serta Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut beliau, selepas tidak lagi berada dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka, ruang masa yang ada akan dimanfaatkan untuk memastikan kesiapsiagaan jentera Pemuda di setiap bahagian berjalan dengan baik.

“Saya akan pastikan saya turun ke bawah melawat setiap bahagian di seluruh negara. Saya nak tengok, Ketua Pemuda Bahagian ini hanya pandai bercakap atau benar-benar buat kerja. Jangan hanya aktif di media sosial, tapi ahli-ahli di peringkat akar umbi terabai,” katanya pada sesi penggulungan Persidangan Agung Pemuda UMNO, di Dewan Merdeka, petang tadi.

Akmal turut menekankan bahawa perjuangan dalam Pemuda tidak pernah mudah, namun ia adalah pilihan yang dibuat dengan penuh tanggungjawab.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan


“Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan ) semalam pesan, cukup-cukuplah kita jual sejarah, kita kena jual masa depan. Tapi saya nak sesuaikan sedikit… kita bukan sekadar tak mahu jual sejarah, insya-Allah Pemuda akan melukis sejarah baharu bagi negara ini,” ujarnya.

Dr Akmal turut memuji keberanian para perwakilan yang membawa suara akar umbi tanpa rasa gentar.

“Balik nanti ke kawasan, banggalah. Beritahu orang kampung bahawa tuan-tuan datang ke sini membawa suara mereka. Jangan pernah takut atau apologetik, kerana perjuangan ini bukan untuk kita, tetapi untuk generasi dan anak cucu kita,” ujarnya.

Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh peranan besar Pemuda UMNO sebagai ‘kilang pemimpin’, dengan memberi contoh bekas Ketua Pemuda UMNO yang kini memegang jawatan nombor satu negara.

“Hari ini, mantan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini Perdana Menteri Malaysia. Itu bukti bahawa Pemuda adalah kilang yang melahirkan pemimpin hebat, walaupun beliau kini berada di parti lain,” katanya berseloroh sambil menambah Pemuda UMNO sentiasa terbuka untuk membimbing generasi muda.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Tidak Pernah Tolak, Eksploitasi Islam – Ahmad Zahid


Mengakhiri ucapannya, Dr Akmal menegaskan bahawa denyut nadi UMNO terletak pada kekuatan Pemuda.

“Kalau kita nak matikan UMNO, kita matikan Pemuda. Bila Pemuda tidak lagi bergerak, tidak lagi bersuara, tidak lagi berani itulah tanda kematian parti yang kita cintai. Tapi bila saya lihat semangat rakan-rakan hari ini, dari pagi hingga malam, saya yakin UMNO masih punya masa depan yang cerah,” katanya. – UMNO Online

Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker