Kren tumbang hempap kereta api, 22 maut

Kren tumbang hempap kereta api, 22 maut

Kren tumbang hempap kereta api, 22 maut
Kereta api tergelincir selepas ditimpa tren yang tumbang. – Facebook

BANGKOK – Sebuah kren di landasan kereta api berkelajuan tinggi di Thailand tumbang lalu menimpa sebuah tren penumpang hari ini, menyebabkan ia tergelincir dan membunuh sekurang-kurangnya 22 orang, kata pihak berkuasa tempatan.

“Seramai 22 orang terbunuh dan lebih 30 cedera,” kata ketua polis tempatan di wilayah Nakhon Ratchasima, Thatchapon Chinnawong kepada AFP.

Kejadian itu berlaku hari ini sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) apabila sebuah kren yang digunakan untuk membina rangkaian kereta api berkelajuan tinggi jatuh.

Ia kemudian menimpa sebuah kereta api penumpang di Nakhon Ratchasima, timur laut ibu kota, Bangkok.

“Sebuah kren tumbang lalu menimpa kereta api, menyebabkan ia tergelincir dan terbakar,” kata Jabatan Perhubungan Awam wilayah Nakhon Ratchasima dalam satu kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO


Rakaman video yang disiarkan media tempatan menunjukkan pekerja penyelamat bergegas ke lokasi kejadian, dengan sebuah kereta api berwarna terang tergelincir di sisinya ketika asap berkepul-kepul keluar daripada serpihan.

Jabatan Wilayah Nakhon Ratchasima berkata, kereta api itu dalam perjalanan dari Bangkok ke wilayah Ubon Ratchathani.

Menteri Pengangkutan, Phiphat Ratchakitprakarn berkata, 195 orang berada di dalam kereta api itu, manakala pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengenal pasti identiti mangsa. – AFP

Kren tumbang hempap kereta api, 22 maut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker