Kijang kerdil lawan badak sumbu

Kijang kerdil lawan badak sumbu

Kijang kerdil lawan badak sumbu
Tangkap layar video menunjukkan kijang menanduk kepala seekor badak sumbu di Zoo Wroclaw baru-baru ini. – Instagram

WARSAW – Satu klip video tular memaparkan seekor kijang seberat 22 kilogram (kg) bertarung dengan seekor badak sumbu yang memiliki berat hampir 2,000 kg di sebuah zoo di Poland, lapor portal berita Wionews.

Pertarungan itu dirakam di Zoo Wroclaw, bandar Wroclaw baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @zoowroclaw menunjukkan kijang dinamakan Mundzak itu berlari ke arah badak sumbu bernama Maruska, sebelum menanduk kepalanya.

Maruska cuba menyerang semula Mundzak tetapi gagal apabila haiwan kecil itu sekali lagi melancarkan ‘serangan’.

Tandukan itu menyebabkan Maruska berlari ketakutan sebelum meninggalkan kawasan tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO


Zoo Wroclaw tampil menjelaskan bahawa kedua-dua haiwan itu adalah ‘sahabat baik’ dan Mundzak mengalami lonjakan testosteron yang perlu dilepaskan.

Ia menyebabkan ‘Chinese muntjac deer’ atau kijang China itu nekad melawan Maruska tanpa bimbang perbezaan saiz mereka.

Rakaman itu mencatatkan lebih 13.7 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Adakah badak sumbu itu masih hidup?” kata seorang netizen.

“Video terbaik 2026!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Kijang kerdil lawan badak sumbu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker