‘Jangan terlalu jujur mengkritik bos’
‘Jangan terlalu jujur mengkritik bos’

SINGAPURA – Seorang perunding jenama di Singapura menasihati orang ramai agar tidak terlalu jujur ketika memberi kritikan kepada majikan bagi mengelak daripada dikenakan tindakan susulan, lapor portal berita Must Share News semalam.
Melalui perkongsian video di platform TikTok, wanita dikenali sebagai RachL itu berkata, salah satu kesilapan terbesar dalam kariernya adalah mengkritik bos di tempat kerja lamanya.
Menurut RachL, insiden itu berlaku ketika dia bekerja di syarikat tersebut selama tiga setengah bulan apabila bosnya bertanyakan soalan tentang persekitaran kerja di situ.
“Saya cuma menjadi diri sendiri iaitu menjawab dengan jujur,” katanya sambil memberitahu bahawa dia suka bekerja di situ, namun firma berkenaan pelu lebih tersusun.
RachL menjelaskan bahawa firma itu merupakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang masih agak baharu dan kekurangan struktur organisasi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal
- Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti
- PAU 2025: Perjuangan Wanita UMNO Daripada Pendidikan Hingga Kuota 30 Peratus Calon – Noraini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah
Merujuk kepada pengalamannya menjalani latihan amali di syarikat lebih besar, RachL berkata, dia sudah biasa dengan sistem dan proses yang lebih jelas.
Dia kemudian memberikan cadangan tentang bagaimana syarikat itu ‘boleh diuruskan dengan lebih cekap’.
Setengah jam selepas mesyuarat itu, RachL menerima e-mel daripada bosnya yang berbunyi: “Saya percaya kita mempunyai visi yang berbeza dan jika anda mahu pergi, anda harus pergi (meletak jawatan).”
RacheL mengakhiri videonya dengan berkata, pengajaran yang diperolehnya adalah seseorang itu tidak sepatutnya ‘menjawab terlalu jujur di tempat kerja’.
Kejadian tersebut berlaku dua tahun lalu, manakala RachL kemudian bertukar kerjaya di syarikat lain. – AGENSI
‘Jangan terlalu jujur mengkritik bos’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal
- Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti
- PAU 2025: Perjuangan Wanita UMNO Daripada Pendidikan Hingga Kuota 30 Peratus Calon – Noraini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah
You must be logged in to post a comment.