UMNO Perlu ‘Gangguan Kreatif’, Usaha Pendigitalan Mesti Dilaksana – Mohamad Hasan
UMNO Perlu ‘Gangguan Kreatif’, Usaha Pendigitalan Mesti Dilaksana – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 14 Jan – UMNO perlu melakukan perubahan secara drastik melalui apa yang digelar sebagai ‘creative disruption’ atau gangguan kreatif bagi memastikan kelangsungan parti dalam landskap politik semasa yang semakin mencabar.
Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menyampaikan ucapan dalam perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia 2025, malam ini, di sini.
Menurut beliau, gangguan kreatif merujuk kepada idea atau inovasi baharu yang bersifat drastik dengan tujuan membawa perubahan besar menggunakan penyelesaian yang adaptif dan inovatif, selari dengan realiti politik dan sosial hari ini.
“UMNO telah melalui kekacauan luar biasa sejak dua pilihan raya lepas. Kita tergelincir daripada puncak kuasa dan menerima penolakan daripada orang Melayu. Ini adalah realiti yang sangat drastik untuk sebuah parti politik seperti UMNO,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa penolakan dan perubahan realiti yang bersifat drastik itu menuntut pendekatan serta sentuhan yang juga bersifat drastik, terutama apabila strategi pemulihan yang dilaksanakan setakat ini dilihat tidak memberikan impak memberangsangkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Multaqa Ilmuwan Islam Perkukuh Perkongsian Ilmu Bersama Masyarakat
- Mohd Naim Tawar Khidmat, Tekankan Pembangunan Dan Suara Rakyat Kinabatangan
- Multaqa Ilmuan Islam: Tiada Sesiapa Boleh Nafikan Jasa UMNO Corakkan Islam Di Negara Ini
“Malah dalam banyak keadaan, sokongan terhadap kita semakin menyusut, sedangkan kumpulan dan jenis pengundi semakin ramai dan bertambah. Perubahan drastik dalam masyarakat menuntut sentuhan drastik oleh parti,” jelasnya.
Mohamad turut menekankan bahawa penyusutan sokongan penyokong tegar UMNO berlaku secara ketara, didorong oleh peralihan sokongan kepada parti lain serta kemunculan generasi baharu yang tidak mempunyai keterhubungan dengan UMNO.
“Untuk berhadapan dengan realiti ini, kita tidak boleh terus menggunakan cara lama, mentaliti lama dan andaian lama. Kita memerlukan gangguan dan sentuhan yang juga drastik,” katanya.
Beliau turut mengakui bahawa struktur UMNO ketika ini terlalu berat, pegun dan membebankan, selain tidak bersifat anjal dalam bertindak.
“Untuk sebuah parti yang mempunyai legasi dan sejarah panjang, UMNO tidak semestinya beranggapan semua pendekatan mesti bersifat lama. Kita mesti menjadi parti politik moden,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2025: UMNO Perlu Bangkit Dengan Prinsip Jelas, Tentukan Hala Tuju
- SUK Titip Doa Perjalanan Perwakilan Ke PAU, Diisi Semangat Juang Demi Parti
- Akta Antibuli 2025 Dimeterai, Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Isu Buli – Azalina
PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara
Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa usaha pendigitalan UMNO mesti dilaksanakan secara besar-besaran dan menyeluruh, selari dengan perubahan pantas yang berlaku dalam kehidupan masyarakat.
“UMNO perlu menjadi parti yang boleh wujud di persada maya, seperti mana sektor perbankan, pendidikan tinggi dan perkhidmatan kerajaan yang telah beralih ke era digital,” katanya.
Menurut beliau, struktur parti tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada cawangan, bahagian dan pelbagai lapisan kepimpinan, sebaliknya perlu memanfaatkan platform digital dan teknologi.
“UMNO perlu menjadi parti yang boleh wujud di persada maya, seperti industri bank dan pendidikan tinggi beralih ke persada maya. Malah, semua sektor perkhidmatan termasuk Kerajaan.
“Jika bank dan perniagaan boleh beralih ke era digital, apakah struktur kita tidak boleh menjadi digital. Mungkin telah tiba masanya kita berimaginasi bahawa UMNO itu adalah sebuah parti digital.
“UMNO-Digital atau e-UMNO bukan sesuatu yang mustahil dan tidak terjangkau.”
Tegasnya, untuk sebuah entiti politik yang mempunyai legasi dan sejarah yang panjang, UMNO tidak semestinya beranggapan, yang semua cara dan pendekatan kita mesti bersifat lama dan panjang.
“Jika kita tidak bersifat drastik dalam pendekatan, kita akan ketinggalan dan menjadi tidak relevan.”
Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa ideologi nasionalisme Melayu semata-mata tidak lagi memadai untuk meraih sokongan pengundi, khususnya pengundi Melayu Islam yang kini menuntut lebih daripada politik identiti.
“Isu keadilan, kualiti hidup, persaraan bermaruah dan pelbagai isu kehidupan lain semakin menjadi keutamaan, dan ini menuntut perubahan paradigma dalam pendekatan politik kita,” katanya.
Mohamad juga menekankan kelangsungan UMNO amat bergantung kepada keupayaan parti untuk mendekati generasi Z dan Alpha.
“Kita memerlukan sokongan pelbagai generasi, tetapi kelangsungan kita adalah generasi Z dan Alpha. Mereka ini adalah ‘constituents’ kita yang paling penting. Tanpa mereka kita akan kalah, kita akan tewas.”
“Maka fokus kita ialah untuk membangunkan keterhubungan ini. Kalau sekadar hanya memaparkan gambar dan bercakap di Tik Tok, itu hanya mengikut trend. Gen Z dan Alpha mempunyai cara fikir dan cara hidup yang sangat berlainan. Kita harus menyelami cara dan kehidupan mereka, untuk mereka menjadi faham dan mengerti tentang apa yang kita perjuangkan.” – UMNO Online
UMNO Perlu ‘Gangguan Kreatif’, Usaha Pendigitalan Mesti Dilaksana – Mohamad Hasan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Skuad Sayang 3K Bukti Kebersamaan Wanita UMNO Bersama Masyarakat – Noraini
- Ahmad Zahid Anggap Skuad Sayang 3K Lambang Keberadaan Wanita UMNO Sentiasa Prihatin
- Ikhlas, Disiplin Dan Amanah Bekal Graduan SPU Teruskan Perjuangan UMNO – Wan Rosdy
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan
You must be logged in to post a comment.