Presiden Tekankan Peranan Digital Dalam Memperkasakan UMNO – Ab Rauf

Presiden Tekankan Peranan Digital Dalam Memperkasakan UMNO – Ab Rauf

Presiden Tekankan Peranan Digital Dalam Memperkasakan UMNO – Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh melihat dunia digital hari ini perlu diaplikasikan sebaik mungkin dalam usaha memperkukuhkan parti terutama berdepan dengan pelbagai cabaran.

Menurut beliau perkara berkenaan antara yang ditekankan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025.

Terdahulu Ahmad Zahid telah menyampaikan amanatnya itu di Dewan Merdeka, di sini, petang tadi.

Ab Rauf yang  juga Ketua Menteri Melaka seterusnya menambah Presiden parti turut memberikan gambaran secara umum berkaitan ucapan dasar pada hari perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2025 pada Jumaat nanti.

“Presiden telah memberikan gambaran bahawa ucapan dasar nanti antaranya akan memberitahu bahawa hala tuju parti akan ditentukan sewaktu persidangan bermula.

“Apa pun beberapa nasihat telah diberikan kepada para perwakilan yang datang tadi bahawa UMNO perlu kembali kukuh untuk kita mendapat kepercayaan rakyat pada PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang,” ujarnya. – UMNO Online

Presiden Tekankan Peranan Digital Dalam Memperkasakan UMNO – Ab Rauf

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker