Penumpang maut, dua pacuan empat roda bertembung.

Penumpang maut, dua pacuan empat roda bertembung.

Penumpang maut, dua pacuan empat roda bertembung.
Bomba membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kemalangan membabitkan dua pacuan empat roda di Kilometer (KM) 48 Jalan Johor Bahru–Ayer Hitam, arah Ayer Hitam, awal pagi tadi. – Foto NSTP/Ihsan POLIS IPD KULAI

KULAI: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 48 Jalan Johor Bahru–Ayer Hitam, arah Ayer Hitam, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian itu kira-kira jam 4 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila dua kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu dan Mitsubishi Triton, yang datang dari arah bertentangan bertembung di tengah jalan.

“Akibat pertembungan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua pemandu kenderaan itu turut mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan di hospital yang sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan


Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Firdaus Mustaffa di talian 011-2608 1008 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai bagi membantu siasatan.

Penumpang maut, dua pacuan empat roda bertembung.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker