Maghribi temui Senegal di final, selepas menang penentuan penalti
Maghribi temui Senegal di final, selepas menang penentuan penalti

Rabat: Maghribi mara ke final Piala Negara-Negara Afrika selepas menewaskan Nigeria 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam aksi separuh akhir di Rabat, awal pagi tadi.
Penjaga gol, Yassine Bounou, muncul wira apabila menyelamatkan dua sepakan penalti sebelum Youssef En Nesyri meledak sepakan penentu untuk mengesahkan kemenangan tuan rumah.
Maghribi yang memburu kejuaraan benua pertama dalam tempoh 50 tahun akan berdepan juara 2021, Senegal, pada perlawanan akhir Isnin ini di Rabat, manakala Nigeria bertemu Mesir dalam aksi penentuan tempat ketiga sehari lebih awal.
Sepanjang 120 minit permainan, kedua-dua pasukan gagal mencipta banyak peluang berbahaya, namun Maghribi lebih menguasai perlawanan dan mencipta peluang terbaik, yang dinafikan oleh aksi cemerlang penjaga gol Nigeria, Stanley Nwabali.
Nigeria yang hadir dengan rekod jaringan terbaik kejohanan sebelum separuh akhir, tampak tumpul di jentera serangan dan gagal memberi ancaman bermakna.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Skuad Sayang 3K Bukti Kebersamaan Wanita UMNO Bersama Masyarakat – Noraini
- Ahmad Zahid Anggap Skuad Sayang 3K Lambang Keberadaan Wanita UMNO Sentiasa Prihatin
- Ikhlas, Disiplin Dan Amanah Bekal Graduan SPU Teruskan Perjuangan UMNO – Wan Rosdy
Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan
Kegagalan Samuel Chukwueze dan Bruno Onyemaechi menyempurnakan sepakan penalti menyaksikan Nigeria tersingkir selepas mempamerkan persembahan kurang berani.
Maghribi pula kekal berdisiplin dan efisien seperti sepanjang kejohanan, meskipun masih belum mencapai prestasi terbaik.
Mereka kini semakin hampir menjulang kejuaraan pertama sejak 1976, namun cabaran lebih getir menanti apabila berdepan Senegal yang menewaskan Mesir 1-0 hasil jaringan Sadio Mane dalam satu lagi aksi separuh akhir di Tangier.
Separuh jam pertama di Rabat menyaksikan kekurangan peluang sehingga sepakan penjuru Achraf Hakimi ditanduk ke arah Ayoub El Kaabi dari jarak 4.5 meter, namun peluang itu disia-siakan.
Ismael Saibari hampir membuka jaringan tetapi percubaannya diselamatkan Nwabali, manakala Nigeria hanya memperoleh satu peluang menerusi Victor Osimhen, namun sentuhan kurang kemas memusnahkan peluang mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Multaqa Ilmuwan Islam Perkukuh Perkongsian Ilmu Bersama Masyarakat
- Mohd Naim Tawar Khidmat, Tekankan Pembangunan Dan Suara Rakyat Kinabatangan
- Multaqa Ilmuan Islam: Tiada Sesiapa Boleh Nafikan Jasa UMNO Corakkan Islam Di Negara Ini
Tandukan Nayef Aguerd pula singgah di bahagian luar tiang gol, sebelum perlawanan diheret ke penentuan penalti yang akhirnya memihak Maghribi, mara ke final pertama sejak tewas kepada Tunisia pada 2004.
Maghribi temui Senegal di final, selepas menang penentuan penalti
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Perlu ‘Gangguan Kreatif’, Usaha Pendigitalan Mesti Dilaksana – Mohamad Hasan
- Ucapan Dato’ Seri Mohamad Hasan – Perasmian Serentak Wanita, Pemuda, Puteri UMNO
- Presiden Tekankan Peranan Digital Dalam Memperkasakan UMNO – Ab Rauf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO
You must be logged in to post a comment.