Letupan di kampus: Reeya seorang pejuang, jiwa kental – Keluarga

Letupan di kampus: Reeya seorang pejuang, jiwa kental – Keluarga

Letupan di kampus: Reeya seorang pejuang, jiwa kental - Keluarga
Keadaan kafe selepas kejadian letupan kompresor pendingin hawa di sebuah universiti swasta di Damansara, hari ini. – Foto ihsan bomba

KUALA LUMPUR: Keluarga pelajar tahun pertama jurusan undang-undang, Reeya Kaur Thandal, yang mengalami keretakan tengkorak dan pendarahan dalam otak susulan letupan di HELP University kelmarin menyifatkan mangsa seorang pejuang dan berjiwa kental.

Mangsa berusia 19 tahun itu menjalani prosedur bagi menentukan sama ada pembedahan diperlukan selepas dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Letupan di kampus: Reeya seorang pejuang, jiwa kental - Keluarga
Letupan di kampus: Reeya seorang pejuang, jiwa kental – Keluarga

Seorang individu maut, manakala sembilan yang lain cedera selepas sebuah pemampat pendingin hawa meletup ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.

Reeya dilaporkan mengalami kecederaan paling serius dalam kejadian berkenaan.

Ibu bapa Reeya menyifatkan insiden itu sebagai satu ‘mimpi ngeri’ apabila menerima berita anak mereka parah dalam letupan di universiti di Bukit Damansara itu.

Bapanya, Ravin Singh, 52, berkata mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang rakan Reeya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan


“Dia yang paling teruk cedera berbanding mangsa lain. Saya rasa seperti berada dalam mimpi ngeri dan berharap dapat terjaga serta mendapati semua ini tidak benar.

“Apa yang kami mampu lakukan sekarang hanyalah berdoa untuknya dan kekal positif,” katanya.

Ravin berkata, Reeya adalah anak sulung daripada dua beradik, seorang yang kuat, bijak dan sentiasa bersemangat.

Beliau turut menunjukkan sekeping gambar yang dimuat naik Reeya di Facebook beberapa hari sebelum kejadian dan mendakwa ia adalah kali pertama anaknya berkongsi gambar bersama ibu bapanya di media sosial.

Beliau juga merayu orang ramai supaya tidak memuat naik komen negatif di platform dalam talian, sebaliknya mendoakan kesejahteraan anaknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Tidak Pernah Tolak, Eksploitasi Islam – Ahmad Zahid


“Dia berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Perkara terbaik yang boleh dilakukan ialah mendoakan anak saya supaya pulih dan memastikan kejadian seperti itu tidak lagi berulang,” katanya.

Letupan di kampus: Reeya seorang pejuang, jiwa kental - Keluarga
Reeya (tengah) bersama ibu bapanya, beberapa hari sebelum kejadian. – Foto Facebook

Sementara itu, ibu Reeya, Maneejeet Kaur Jasal, 47, berkata anak perempuannya itu adalah nadi kepada keluarga mereka.

“Rumah terasa begitu sunyi sejak dia berpindah. Saya merinduinya dan anjing peliharaan kami juga merinduinya,” katanya.

Ibu saudara Reeya, Jagdish, 49, pula menyifatkan anak saudaranya itu sebagai seorang pejuang dan berjiwa kental.

“Dia jenis yang akan mempertahankan rakan-rakannya dan memperjuangkan haknya. Dia seorang yang kuat dan tidak mudah mengalah.

“Dia sentiasa tahu apa yang diinginkan. Dia bijak, penyayang dan seorang yang tulus. Dia juga rakan yang sangat baik. Dia akan selamat dan pasti akan bertahan. Dia seorang pejuang dan kami perlu terus kuat demi dirinya,” katanya.

Ibu bapa Reeya berkata, wakil HELP University berada di hospital sehingga lewat malam kelmarin dan kembali semula keesokan harinya.

Dalam pada itu, universiti terbabit turut memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dan akan menjalankan pemeriksaan keselamatan sebelum membuka semula kemudahan yang terjejas.

Dipercayai Reeya berada di kafeteria di tingkat empat universiti berkenaan ketika letupan berlaku.



Dilaporkan, tiga kontraktor penyelenggaraan pendingin hawa sedang menjalankan kerja pembaikan ke atas sebuah pemampat industri sebelum kejadian itu berlaku.

Letupan di kampus: Reeya seorang pejuang, jiwa kental - Keluarga
Keadaan kafeteria selepas pemampat pendingin hawa meletup ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan. – Foto bomba

Dalam kejadian itu, Soo Yu Juan, 24, pelajar tahun ketiga kejuruteraan mekanikal yang dijadualkan menamatkan latihan industri dalam masa terdekat disahkan meninggal dunia.

Pelajar latihan industri dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) itu sedang menjalani latihan bersama sebuah syarikat penyelenggaraan pendingin hawa dan berada di universiti berkenaan bagi tugasan rutin.

Mangsa lain terdiri daripada tiga pelajar, dua pembantu kafeteria, dua kontraktor penyelenggaraan serta seorang anggota pengurusan universiti.

Reeya dan seorang kontraktor penyelenggaraan pendingin hawa masih menerima rawatan di wad, manakala mangsa lain dipercayai sudah dibenarkan keluar hospital.



Letupan di kampus: Reeya seorang pejuang, jiwa kental – Keluarga

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker