Lelaki ditahan polis kurang 4 jam selepas samun pengutip hutang
Lelaki ditahan polis kurang 4 jam selepas samun pengutip hutang

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan polis kurang empat jam selepas disyaki menyamun seorang pengutip hutang menggunakan sebilah parang di bawah blok sebuah flat di Jalan Perdana 9/10, Pandan Perdana, dekat sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid, berkata kejadian berlaku kira kira jam 5.30 petang ketika mangsa turun ke bawah bangunan selepas selesai mengutip hutang pelanggan.
Katanya, mangsa dihampiri seorang lelaki tidak dikenali yang membawa sebilah parang sebelum suspek merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa.
“Suspek kemudian melibas parang ke arah mangsa, namun mangsa dapat mengelak dan melarikan diri.
“Suspek seterusnya melarikan motosikal mangsa bersama barangan di dalamnya termasuk salinan pasport, buku hutang dan wang tunai RM100,” katanya dalam kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Skuad Sayang 3K Bukti Kebersamaan Wanita UMNO Bersama Masyarakat – Noraini
- Ahmad Zahid Anggap Skuad Sayang 3K Lambang Keberadaan Wanita UMNO Sentiasa Prihatin
- Ikhlas, Disiplin Dan Amanah Bekal Graduan SPU Teruskan Perjuangan UMNO – Wan Rosdy
Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan
Beliau berkata, hasil siasatan dijalankan, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki kira kira jam 9.20 malam, hari kejadian.
“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau tidak dikehendaki. Suspek kini direman empat hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana kesalahan samun menggunakan senjata parang. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara hingga 14 tahun selain boleh dikenakan denda atau sebatan,” katan
Lelaki ditahan polis kurang 4 jam selepas samun pengutip hutang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Perlu ‘Gangguan Kreatif’, Usaha Pendigitalan Mesti Dilaksana – Mohamad Hasan
- Ucapan Dato’ Seri Mohamad Hasan – Perasmian Serentak Wanita, Pemuda, Puteri UMNO
- Presiden Tekankan Peranan Digital Dalam Memperkasakan UMNO – Ab Rauf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO
You must be logged in to post a comment.