Kilang pemprosesan sisa minyak terbakar di Olak Lempit

Kilang pemprosesan sisa minyak terbakar di Olak Lempit

Kilang pemprosesan sisa minyak terbakar di Olak Lempit
Tangkap layar video tular

KUALA LUMPUR: Sebuah kilang pemprosesan dan pengurusan sisa minyak berkeluasan di Kampung Olak Lempit, Banting, terbakar.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, berkata pada masa ini usaha memadam kebakaran masih giat dijalankan.

“Pihak JBPM Selangor menerima maklumat mengenai kejadian kebakaran ini pada jam 10.03 malam sebelum menghantar enam jentera dengan kekuatan 37 pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.

Kebakaran membabitkan sebuah kilang memproses minyak, bangunan kelas B.

“Sehingga jam 10.55 malam tadi, kebakaran belum terkawal dan anggaran peratusan kebakaran semasa adalah 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan


Setakat ini, usaha memadam kebakaran sedang dijalankan oleh pegawai dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Banting, BBP KLIA, BBP Dengkil dan BBP Cyberjaya, dengan bantuan jentera FRT, lori tangki air serta dua ambulans.

Pihak bomba belum dapat mengesahkan sama ada kejadian kebakaran ini membabitkan mangsa atau sebaliknya.

Kilang pemprosesan sisa minyak terbakar di Olak Lempit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker