Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO
Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Kerjasama politik sama ada dalam Kerajaan Perpaduan hari ini, atau apa jua bentuk pakatan masa hadapan bukanlah tiket percuma untuk mana-mana pihak untuk melunakkan prinsip asal UMNO, demikian tegas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ujarnya, UMNO memberi amaran kepada beberapa pihak agar jangan mencabar garis merah (red line) teras utama negara iaitu hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, kesucian agama Islam serta kedaulatan Raja-Raja Melayu
“Saya ingatkan rakan-rakan di dalam Kerajaan Perpaduan, jangan sangka kerana kita berada dalam satu kabinet, UMNO sudah tumpul taringnya.
“Jangan sangka kerana kita mahu kestabilan politik, kita akan pejam mata bila asas negara diganggu-gugat. UMNO tidak akan diam membisu.
“Kita akan bangkit, kita akan bersuara, dan kita akan menentang habis-habisan sesiapa jua, kawan atau lawan, yang cuba merobek tiga teras utama ini,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini malam ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Multaqa Ilmuwan Islam Perkukuh Perkongsian Ilmu Bersama Masyarakat
- Mohd Naim Tawar Khidmat, Tekankan Pembangunan Dan Suara Rakyat Kinabatangan
- Multaqa Ilmuan Islam: Tiada Sesiapa Boleh Nafikan Jasa UMNO Corakkan Islam Di Negara Ini
Hadir sama ketiga-tiga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan; Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Bendahari Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
Seterusnya ulas Mohamad yang juga Menteri Luar, UMNO berperanan sebagai penyemak dan imbang yang paling efektif dari dalam kerajaan dan suara penentu dalam Kabinet dengan memastikan tiada dasar yang melampau dan tiada dasar yang merugikan orang Melayu.
Tambah Mohamad, penangguhan Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) adalah antara contoh bagaimana UMNO bertindak sebagai ‘Perisai’ Melayu.
“Ada cadangan Akta URA. Niat asalnya mungkin untuk pembangunan. Tetapi UMNO meneliti halusnya. Kita bimbang, jika akta ini diluluskan melulu, hak milik tanah orang Melayu di bandar-bandar akan terhakis, di atas nama pembangunan komersial. Kita tak mahu orang Melayu jadi “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2025: UMNO Perlu Bangkit Dengan Prinsip Jelas, Tentukan Hala Tuju
- SUK Titip Doa Perjalanan Perwakilan Ke PAU, Diisi Semangat Juang Demi Parti
- Akta Antibuli 2025 Dimeterai, Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Isu Buli – Azalina
PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara
“Maka, Menteri-menteri UMNO bertegas: Tangguh dan semak semula! Kita mesti bela hak pemilik tanah asal dulu. Kita jaga tanah bangsa,” katanya sambil menambah bagaimana UMNO menghalang Pilihan Raya Kerajaan Tempatan.
Selain itu katanya, UMNO terbukti terus memperkasa agenda Bumiputera seperti Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB), institusi MARA, TEKUN dan PUNB yang tetap teguh di samping revolusi TVET negara serta Suruhanjaya Gig. – UMNO ONLINE
Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Skuad Sayang 3K Bukti Kebersamaan Wanita UMNO Bersama Masyarakat – Noraini
- Ahmad Zahid Anggap Skuad Sayang 3K Lambang Keberadaan Wanita UMNO Sentiasa Prihatin
- Ikhlas, Disiplin Dan Amanah Bekal Graduan SPU Teruskan Perjuangan UMNO – Wan Rosdy
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan
You must be logged in to post a comment.