Kartel hibah: Pegawai syariah, peguam syarie ditahan
Kartel hibah: Pegawai syariah, peguam syarie ditahan

KUALA LUMPUR: Pegawai syariah dan peguam syarie ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM91,000 sebagai balasan mengeluarkan Perintah Pengesahan Hibah untuk pertukaran hak milik.
Kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga 20 Januari ini selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pagi tadi.
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40 dan 50-an ditahan berasingan semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor kira-kira jam 8 malam.
“Siasatan awal mempercayai kedua-dua suspek bersubahat melakukan perbuatan terbabit antara 2016 hingga 2018.
“Kedua-dua suspek disyaki menerima wang rasuah secara tunai daripada 13 penerima hibah dengan setiap seorang kira-kira RM7,000,” katanya
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan berkata, kes disiasat mengikut Sekyen 16(a)(B)Akta SPRM 2009.
Kartel hibah: Pegawai syariah, peguam syarie ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Perlu ‘Gangguan Kreatif’, Usaha Pendigitalan Mesti Dilaksana – Mohamad Hasan
- Ucapan Dato’ Seri Mohamad Hasan – Perasmian Serentak Wanita, Pemuda, Puteri UMNO
- Presiden Tekankan Peranan Digital Dalam Memperkasakan UMNO – Ab Rauf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO
You must be logged in to post a comment.