JDT bermandi peluh tewaskan Kuching City FC

JDT bermandi peluh tewaskan Kuching City FC

JDT bermandi peluh tewaskan Kuching City FC
PEMAIN JDT, Corbin Ong (kanan) pada Perlawanan Liga Super Malaysia 2025-2026 antara JDT menentang Kuching City FC di Stadium Sultan Ibrahim. -FOTO Najmi Nor’azam

Iskandar Puteri: Johor Darul Ta’zim bermandi peluh sebelum mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Kuching City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini.

Kemenangan itu menyaksikan JDT merekodkan kemenangan ke-15 berturut-turut liga, sekali gus mengukuhkan cengkaman di puncak carta dengan kutipan 45 mata, meskipun diuji hebat sepanjang perlawanan.

Skuad kendalian Xisco Munoz menguasai permainan sejak awal, namun Kuching City yang dibimbing Aidil Sharin Sahak tampil berdisiplin dan berbahaya menerusi serangan balas.

Usaha pasukan pelawat membuahkan hasil pada minit ke-40 apabila Scott Woods menyempurnakan hantaran lintang Ramadhan Saifullah Usman untuk meletakkan Kuching City mendahului 1-0 sebelum rehat.

Situasi JDT bertambah getir pada babak kedua apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas kapten Natxo Insa dilayangkan kad merah pada minit ke-55 susulan insiden kekasaran, keputusan yang dibuat selepas rujukan VAR.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan


Bagaimanapun, kekurangan seorang pemain tidak mematahkan semangat Harimau Selatan yang bangkit menyamakan kedudukan dua minit kemudian menerusi sepakan voli Nacho Mendez hasil situasi kelam-kabut di hadapan pintu gol pelawat.

Momentum itu diterjemahkan kepada jaringan kemenangan pada minit ke-64 apabila Bergson da Silva menanduk masuk hantaran lintang Manuel Hidalgo untuk meletakkan JDT di depan 2-1.

Kuching City cuba bangkit pada baki perlawanan, namun ketahanan pertahanan tuan rumah memastikan keputusan kekal sehingga tamat, sekali gus menyaksikan JDT meneruskan rekod tanpa kalah dalam saingan liga.

JDT bermandi peluh tewaskan Kuching City FC


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO

 

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker