Dua beradik pengutip hutang along ditahan bersama pistol, senapang

Dua beradik pengutip hutang along ditahan bersama pistol, senapang

Dua beradik pengutip hutang along ditahan bersama pistol, senapang
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menunjukkan suspek pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kelantan. – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Dua beradik ditahan bersama dua pistol dan selaras senapang buatan sendiri serta dua pistol tiruan.

Tangkapan dibuat terhadap suspek berusia 34 dan 37 tahun pada jam 5 petang semalam di Jelawat, Bachok, dekat sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata kesemua senjata itu digunakan dua beradik terbabit untuk mengugut dan menakut-nakutkan mangsa yang berhutang dengan along.

“Serbuan di sebuah rumah di Kampung Seneng, Jelawat, Bachok itu menemui selaras senapang dan dua pucuk pistol buatan sendiri serta dua pucuk pistol tiruan.

“Hasil siasatan awal mendapati senjata ini digunakan bagi kerja mengutip hutang along dengan cara menakut-nakutkan mangsa (penghutang).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan


“Aktiviti itu sudah dijalankan sejak Oktober tahun lalu dan dipercayai sudah berjaya mengutip kira-kira RM200,000 hutang daripada mangsa,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut dirampas, dua unit kelopak peluru, seunit sarung pistol, 27 biji ‘caliber powder ramsey’, sebuah kereta dan tiga telefon bimbit.

Mohd Yusoff berkata, hasil soal siasat juga mendapati pistol tiruan dimiliki dua beradik itu dibuat sendiri dengan menjadikan YouTube sebagai rujukan, manakala bahannya pula dibeli secara melalui dalam talian.

Menurutnya dua beradik yang juga bekerja sebagai tukang kimpal menjalankan kerja mengutip hutang along di Bachok dan daerah sekitar.

“Suspek berusia 37 tahun memiliki tiga rekod lampau bersabit jenayah dan dadah manakala adiknya pula dua rekod lampau atas kesalahan sama dan ujian saringan yang dibuat pula, kedua-duanya positif methampethamine.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 17 Januari dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8(a) dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

“Turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman. Penjara tidak lebih daripada lima tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya,” katanya.

Dua beradik pengutip hutang along ditahan bersama pistol, senapang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker