Aura juara bertahan iringi kemaraan Sze Fei-Izzuddin
Aura juara bertahan iringi kemaraan Sze Fei-Izzuddin

Kuala Lumpur: Status juara bertahan Terbuka India jelas menjadi tonik buat beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, apabila menyingkirkan pasangan Korea Selatan-Malaysia, Choi Sol Gyu-Goh V Shem, pada aksi pusingan pertama di sini hari ini.
Sze Fei-Izzuddin dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan 19-21, 21-16, 21-10 dalam perlawanan yang berlangsung selama 49 minit.
Walaupun dikejutkan dengan kekalahan di set pertama, pasangan negara itu memperkemaskan corak permainan dengan meningkatkan tempo serta konsistensi pukulan, sekali gus menguasai dua set berikutnya.
Kelebihan pengalaman serta ketenangan di saat genting menjadi pemisah, dengan Sze Fei-Izzuddin yang kini berada di ranking ketujuh dunia tampak lebih tersusun berbanding lawan yang menghuni ranking ke-42 dunia.
Kemenangan itu turut mengukuhkan rekod pertemuan memihak Sze Fei-Izzuddin kepada 2-0, sekali gus memberi suntikan keyakinan buat juara bertahan itu menjelang cabaran lebih getir di pusingan seterusnya.
Aura juara bertahan iringi kemaraan Sze Fei-Izzuddin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Perlu ‘Gangguan Kreatif’, Usaha Pendigitalan Mesti Dilaksana – Mohamad Hasan
- Ucapan Dato’ Seri Mohamad Hasan – Perasmian Serentak Wanita, Pemuda, Puteri UMNO
- Presiden Tekankan Peranan Digital Dalam Memperkasakan UMNO – Ab Rauf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerjasama Politik Bukan Tiket Percuma Lunakkan Prinsip Asas UMNO
You must be logged in to post a comment.