Uqasha Senrose Tegur Sikap Netizen Terlalu ‘Over’ Dengan Isu Cerai

“Jangan Lebih-Lebih!..”

Uqasha Senrose Tegur Sikap Netizen Terlalu ‘Over’ Dengan Isu Cerai

Uqasha Senrose Tegur Sikap Netizen Terlalu ‘Over’ Dengan Isu Cerai

Pelakon, Uqasha Senrose tampil memberikan teguran terhadap netizen untuk tidak bersikap terlalu melebih-lebih terhadap isu penceraiannya bersama aktor, Kamal Adli yang sah bercerai talak satu pada Isnin.

Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen menerusi hantaran di Threads meluahkan rasa kesal terhadap sikap netizen yang ‘over’ seolah-olah mereka yang bercerai.

“And please netizen tak payah over dan melebih-lebih sangat. Macam dia pulak yang bercerai. Jangan lebih-lebih!.”-tegas Uqasha di Threads

Uqasha Senrose Tegur Sikap Netizen Terlalu ‘Over’ Dengan Isu Cerai

Pelbagai Reaksi Netizen

Uqasha Senrose Tegur Sikap Netizen Terlalu ‘Over’ Dengan Isu Cerai

Hantaran Uqasha mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ada yang turut meminta ibu kepada seorang cahaya mata ini untuk mengundur diri dari media sosial untuk sementara waktu.

“Biasa la diorang ada masalah comprehension Usha. They love the attention you give to them, ignore je. Be happy with your family and friends.”

“Attention seeker ni, kesian. Slow down your ego lah. Asyik kau je betul. Be matured, keep everything privacy. Heal yourself. Cuba solat, minta reda sikit sakit hati tu. Jangan layan sangat perasaan amarah tu. Jin syaitan menguasai mu. Take this as a lesson & a a way to teach you to be matured.”

“Kesian Uqasha, saya rasa awak perlukan masa untuk heal, sebab saya tengok awak tersakiti lebih daripada Kamal, biarpun kalau dia bermuka-muka. Lagi awak bersuara lagi netizen kecam awak. Baik awak diam diri dari awak berkata-kata. Redha dengan ketentuan. Muhasabah diri, move on.”

Sekadar info, Uqasha dan Kamal Adli sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.

Uqasha dan Kamal Adli sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hawra Uqaira.

Uqasha Senrose Tegur Sikap Netizen Terlalu ‘Over’ Dengan Isu Cerai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker