Skuad Sayang 3K Bukti Kebersamaan Wanita UMNO Bersama Masyarakat – Noraini
Skuad Sayang 3K Bukti Kebersamaan Wanita UMNO Bersama Masyarakat – Noraini

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Skuad Sayang 3K menjadi bukti kebersamaan Wanita UMNO bersama masyarakat melalui gerak kerja kebajikan yang dilaksanakan secara berterusan.
Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, Skuad Sayang 3K merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dan digerakkan bukan kerana publisiti atau perhatian lensa kamera.
“Skuad Sayang 3K ini turun padang bukan kerana lensa, membantu bukan kerana publisiti tetapi kerana hati wanita yang tidak pernah sanggup melihat orang lain menderita. Ini adalah bukti kasih sayang,” katanya dalam ucapan semasa Majlis Minum Petang Skuad Sayang Kebangsaan & Pelancaran Program Jom Sihat Dan Lagu Baharu Skuad Sayang 3K yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.
Program yang diadakan saban tahun menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 ini menampilkan kehadiran wanita-wanita Skuad Sayang yang komited turun padang membantu golongan memerlukan.
Noraini menegaskan bahawa setiap langkah kebajikan yang dilaksanakan oleh skuad tersebut berpaksikan ketulusan, khususnya apabila melihat sendiri penderitaan dialami masyarakat.

DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2025: UMNO Perlu Bangkit Dengan Prinsip Jelas, Tentukan Hala Tuju
- SUK Titip Doa Perjalanan Perwakilan Ke PAU, Diisi Semangat Juang Demi Parti
- Akta Antibuli 2025 Dimeterai, Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Isu Buli – Azalina
PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara
“Ramai turun padang melihat penderitaan dan ketika itulah Skuad Sayang 3K hadir dengan sentuhan kecil yang cukup bermakna. Walaupun bantuan itu kelihatan kecil, namun nilainya amat besar kepada penerima,” katanya.
Menurut beliau, kerja-kerja kebajikan yang dilaksanakan memerlukan pengorbanan dan keletihan, namun sumbangan tersebut membawa makna besar kepada masyarakat yang dibantu.
Noraini turut menyatakan hasrat agar Skuad Sayang 3K terus menjadi wajah paling dekat dengan masyarakat.
“Kehadiran kita bukan sekadar pada suara, tetapi dalam kebersamaan yang berterusan. Kita mahu menjaga ukhwah dan emosi,” katanya.
Beliau berkata, program berkenaan juga merupakan sebahagian daripada penghargaan terhadap segala usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ahli serta sukarelawan.
“Apabila kita saling bersatu, tiada cabaran yang tidak mampu dihadapi, malah akan dihadapi bersama-sama. Semoga segala usaha ini diberkati,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tekankan Pembaharuan, Ketegasan Prinsip Parti Dalam PAU 2025 – Izwan Kamar
- Angkat Aspirasi Anak Muda, Dr. Akmal Doakan Kelancaran Kempen BN Di Kinabatangan, Lamag
- PAU: Wanita UMNO Lakukan Persediaan Awal, Alukan Kehadiran Para Perwakilan
PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN
Program berkenaan dirasmikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga dihadiri Penaung Skuad Sayang, Datin Seri Hamidah Khamis. Turut bersama dalam program ini ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di samping Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Norliza Abdul Rahim, barisan Exco Wanita UMNO dan anggota Skuad Sayang dari seluruh negara. – UMNO Online
Skuad Sayang 3K Bukti Kebersamaan Wanita UMNO Bersama Masyarakat – Noraini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Multaqa Ilmuwan Islam Perkukuh Perkongsian Ilmu Bersama Masyarakat
- Mohd Naim Tawar Khidmat, Tekankan Pembangunan Dan Suara Rakyat Kinabatangan
- Multaqa Ilmuan Islam: Tiada Sesiapa Boleh Nafikan Jasa UMNO Corakkan Islam Di Negara Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.