Remaja curi pagar masjid, bawa lari naik motosikal

Remaja curi pagar masjid, bawa lari naik motosikal

Remaja curi pagar masjid, bawa lari naik motosikal
Salah seorang pelaku memegang pagar masjid. – Instagram

JAKARTA – Dua remaja di Bekasi, wilayah Jawa Barat dirakam mencuri pintu pagar sebuah masjid dengan membawanya menaiki motosikal, lapor laman berita Pikiran Rakyat Bekasi semalam.

Kejadian berlaku kelmarin di Masjid Al Ittihad, Jatimulya.

Dalam sebuah video tular yang sempat dirakam, seorang saksi berkata, dia berasa curiga melihat tindak-tanduk dua remaja berkenaan yang membawa pagar menaiki motosikal.

Disebabkan itu, dia merakam pergerakan dua remaja tersebut menggunakan telefon bimbit.

Kedua-dua mereka berjaya dikesan selepas laporan mengenai kehilangan pagar dibuat.

Menurut Ketua Rukun Tetangga 11, Gofur, identiti kedua-dua pelaku sudah dikenl pasti, manakala pihak masjid masih menanti mereka untuk memulangkan alat itu. – AGENSI

Remaja curi pagar masjid, bawa lari naik motosikal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker