Polis Johor tumpaskan 42 sindiket edar dadah, sita dadah 3.34 tan bernilai RM176.33 juta
Polis Johor tumpaskan 42 sindiket edar dadah, sita dadah 3.34 tan bernilai RM176.33 juta

JOHOR BAHRU: Polis Johor menumpaskan 42 sindiket pengedaran dadah di negeri itu sepanjang tahun lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata seramai 138 ahli sindiket ditahan dan pelbagai jenis dadah bernilai RM156.3 juta dirampas.
Katanya, pihaknya turut menyita pelbagai aset milik sindiket dadah yang dianggarkan bernilai RM5.54 juta, sekali gus melemahkan rangkaian pengedaran dadah di negeri itu.
“Secara keseluruhan Jabatan Siasatan Narkotik Johor merekodkan prestasi membanggakan apabila berjaya menahan seramai 26,429 individu atas pelbagai kesalahan dadah, selain merampas sebanyak 3.34 tan dadah dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM176.33 juta.
“Kejayaan ini menempatkan Kontinjen Johor di kedudukan keempat tertinggi rampasan dadah di seluruh negara,” katanya ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Multaqa Ilmuwan Islam Perkukuh Perkongsian Ilmu Bersama Masyarakat
- Mohd Naim Tawar Khidmat, Tekankan Pembangunan Dan Suara Rakyat Kinabatangan
- Multaqa Ilmuan Islam: Tiada Sesiapa Boleh Nafikan Jasa UMNO Corakkan Islam Di Negara Ini
Ab Rahaman berkata, bagi pertuduhan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 membabitkan penagih berulang, JSJN Johor merekodkan 767 tangkapan, sekali gus meletakkan negeri ini di kedudukan kelima keseluruhan.
Sementara itu, tangkapan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) Akta Dadah Berbahaya 1985 pula menyaksikan Kontinjen Johor menduduki tempat tertinggi dengan 111 tangkapan.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor turut menunjukkan peningkatan prestasi apabila penyelesaian kes meningkat sebanyak 122 kes daripada 3,519 kes pada tahun 2024 kepada 3,641 kes pada tahun 2025, dengan kadar penyelesaian sebanyak 66.08 peratus.
“Kadar pertuduhan pula meningkat sebanyak 5.69 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan pencapaian keseluruhan mencecah 57.81 peratus,” katanya.
Polis Johor tumpaskan 42 sindiket edar dadah, sita dadah 3.34 tan bernilai RM176.33 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Skuad Sayang 3K Bukti Kebersamaan Wanita UMNO Bersama Masyarakat – Noraini
- Ahmad Zahid Anggap Skuad Sayang 3K Lambang Keberadaan Wanita UMNO Sentiasa Prihatin
- Ikhlas, Disiplin Dan Amanah Bekal Graduan SPU Teruskan Perjuangan UMNO – Wan Rosdy
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan
You must be logged in to post a comment.