Penganggur miliki 26 rekod jenayah ditahan bakar enam rumah

Penganggur miliki 26 rekod jenayah ditahan bakar enam rumah

Penganggur miliki 26 rekod jenayah ditahan bakar enam rumah
Foto hiasan

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes membakar enam unit rumah dengan sengaja di kawasan Perumahan Kampung Johan Setia, Klang di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah, berkata penahanan suspek berusia 43 tahun di lokasi kejadian susulan maklumat dan laporan diterima daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 2 petang semalam.

“Sebaik menerima maklumat, polis bergegas ke lokasi kejadian mengesahkan kebakaran rumah berlaku di dua lokasi berbeza.

“Siasatan mendapati, jarak di antara kedua-dua lokasi adalah 500 meter membabitkan sebuah rumah di lokasi pertama dan lima unit rumah di lokasi kedua.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Tidak Pernah Tolak, Eksploitasi Islam – Ahmad Zahid


“Siasatan lanjut mendapati, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh dua jam. Bagaimanapun, tiada sebarang kehilangan nyawa dan jumlah kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamalariffin berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan membuka siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api dengan niat membinasakan rumah.

“Semakan mendapati, suspek mempunyai 26 rekod jenayah lalu termasuk dadah. Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Klang hari ini,” katanya.

Polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di 03-33762222 bagi membantu siasatan.

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker