Paha wanita carik dibaham jerung

Paha wanita carik dibaham jerung

Paha wanita carik dibaham jerung
Tangkap layar video menunjukkan Dalazen digigit seekor jerung ketika menyelam di Brazil baru-baru ini. – Instagram

BRASILIA – Seorang peguam berdepan detik cemas apabila digigit seekor jerung spesies nurse shark ketika menyelam di sebuah tempat pelancongan di Brazil, lapor akhbar New York Post.

Kejadian berlaku di kepulauan Fernando de Noronha baru-baru ini.

Rakaman video dikongsi di platform Instagram oleh akaun @taydalazen menunjukkan Tayane Dalazen, 36, sedang berenang sambil ditemani kawanan jerung sebelum salah seekor daripadanya menggigit betis mangsa.

Dalazen menjerit apabila pemangsa itu cuba menyeretnya ke dasar laut.

Dia berjaya dibebaskan daripada gigitan jerung tersebut selepas ia dipukul oleh pemandu pelancong bernama Nego Noronha.

“Saya tidak boleh menghulurkan tangan kerana bimbang jerung itu akan menggigitnya. Nego mula menumbuk jerung itu dan akhirnya saya dilepaskan,” kata Dalazen.

Mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran dan menerima dua jahitan serta suntikan.

“Kawasan itu adalah habitat untuk haiwan liar. Kami yang memasuki habitatnya. Ia bukan serangan mengejut tetapi kemalangan,” tambahnya. – AGENSI

Paha wanita carik dibaham jerung

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker