Lelaki maut akibat serangan jantung ketika memandu

Lelaki maut akibat serangan jantung ketika memandu

Lelaki maut akibat serangan jantung ketika memandu
Kenderaan dipandu mangsa merempuh dua kenderaan yang diparkir di Taman Suria Apartment, Penampang. Foto NSTP/Ihsan POLIS.

PENAMPANG: Seorang lelaki maut dipercayai akibat serangan jantung ketika memandu sehingga menyebabkan kenderaan pacuan empat roda dipandunya merempuh dua buah kereta yang diparkir di Taman Suria Apartment, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa lelaki tempatan berusia 59 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, namun tidak menyebabkan kecederaan terhadap individu lain.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, kemalangan berkenaan membabitkan tiga kenderaan iaitu pikap dengan dua kereta yang berada di lot parkir kawasan perumahan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengalami serangan jantung ketika sedang memandu sebelum gagal mengawal kenderaan lalu merempuh dua kenderaan yang diparkir.

“Tiada kecederaan fizikal dilaporkan membabitkan orang awam atau pemilik kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kes kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) manakala kes kemalangan disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

Lelaki maut akibat serangan jantung ketika memandu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker