Kerja tidak dapat, suri rumah tanggung hutang yang dipinjam daripada keluarga

Kerja tidak dapat, suri rumah tanggung hutang yang dipinjam daripada keluarga

Kerja tidak dapat, suri rumah tanggung hutang yang dipinjam daripada keluarga
Foto hiasan

KUALA TERENGGANU: Suri rumah bukan saja kerugian malah terpaksa menanggung hutang yang dipinjam daripada ahli keluarga selepas terpedaya dengan sindikit penipuan atas talian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa berusia 28 tahun membuat laporan polis kira-kira jam 2.18 petang semalam di Balai Polis Kuala Terengganu.

Menurutnya, pada 2 Januari lalu ketika mangsa berada di rumahnya menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang mengaku kononnya sebagai wakil Shopee.

Katanya, melalui perbualan itu sindiket menyatakan ingin menghantar hadiah daripada Shopee kepada mangsa sebelum menawarkan kerja sambilan melalui atas talian kepada mangsa.

“Tertarik dengan tipu daya sindiket mangsa kemudian bersetuju dengan tawaran yang ditawarkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Tidak Pernah Tolak, Eksploitasi Islam – Ahmad Zahid


“Mangsa kemudian diarah membuat pembayaran bagi melakukan kerja yang ditawarkan sebelum mangsa membuat tujuh transaksi ke akaun berbeza,” katanya.

Menurutnya, selepas membuat pembayaran mangsa menyedari dirinya sudah ditipu lalu membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan manakala sumber kewangan mangsa adalah simpanan peribadi dan juga pinjaman dari keluarga terdekat.

Beliau berkata, akibat terpedaya mangsa mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM70,731.

Kerja tidak dapat, suri rumah tanggung hutang yang dipinjam daripada keluarga

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker