Kamal Adli Kongsi Kapsyen ‘Hancur’
Rakan Selebriti & Peminat Beri Kata Semangat!-“Allah Uji..”
Kamal Adli Kongsi Kapsyen ‘Hancur’

Perkongsian aktor, Kamal Adli mencetuskan reaksi ramai rakan selebriti dan peminat selepas sah bercerai talak satu dengan pelakon, Uqasha Senrose di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.
Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli menerusi hantaran di Instagram, dilihat memuatnaik sekeping foto dengan kapsyen bertulis ‘Hancur’, yang mungkin merujuk kepada situasinya yang telah berpisah dengan Uqasha.

Rakan-Rakan Selebriti Beri Kata Semangat!

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti seperti Radin ERA, Sharnaaz Ahmad, Datuk Fizz Fairuz, Shuib Sepahtu, Didie Alias, Roy Azman, Fazlina Ahmad Daud, Azza ELITE dan ramai lagi membanjiri ruangan komen memberikan kata-kata semangat buat Kamal untuk terus kuat menghadapi ujian.
“Chin up, this shall pass, jom beli moto.”-Sharnaaz Ahmad
“Sabar, kami ada. Kadang-kadang orang tak paham perasaan seorang ayah, papa, demi seorang anak.”-Datuk Fizz Fairuz
“InsyaAllah Allah Maha Baik.”-Shuib Sepahtu
“Allah ada anakku.”-Shuib Sepahtu
“Sabar Mal, hidup perlu diteruskan. Istighfar dan jangan putus asa. Masing-masing ada ujian masing-masing. Kuatkan semangat ya. Semua ada hikmah jangan lupa tu okay.”-Roy Azman
“Allah uji sebab Allah sayang! Stay strong my brother.”-Radin ERA
“Ramai yang mendoakan Kamal. Take your time.”-Fazlina Ahmad Daud
“Dua-dua insan berbudi pekerti. Semoga Allah permudahkan urusan kalian berdua aamin Ya Rabb.”-Azza ELITE
Sekadar info, Uqasha Senrose dan Kamal Adli sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.
Uqasha dan Kamal Adli sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hawra Uqaira.
Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka berdua agar dapat menjadi ibu bapa yang terbaik buat Hawra Uqaira biarpun mereka bukan lagi bergelar suami isteri..
Kamal Adli Kongsi Kapsyen ‘Hancur’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Skuad Sayang 3K Bukti Kebersamaan Wanita UMNO Bersama Masyarakat – Noraini
- Ahmad Zahid Anggap Skuad Sayang 3K Lambang Keberadaan Wanita UMNO Sentiasa Prihatin
- Ikhlas, Disiplin Dan Amanah Bekal Graduan SPU Teruskan Perjuangan UMNO – Wan Rosdy
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan
You must be logged in to post a comment.