Jurujual perumahan maut di Batang Kali, polis cari pemandu langgar lari
Jurujual perumahan maut di Batang Kali, polis cari pemandu langgar lari

SHAH ALAM: Polis sedang mengesan pemandu kenderaan yang melanggar mati seorang penunggang motosikal di Jalan Sungai Masin, Batang Kali, Hulu Selangor semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi membabitkan seorang lelaki berusia 23 tahun yang bekerja sebagai jurujual perumahan.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dari Genting Highland ke Batang Kali.
“Setibanya di lokasi, mangsa dipercayai dilanggar lari dari arah bertentangan oleh kenderaan dan nombor pendaftaran tidak pasti,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ujar Ibrahim, akibat kemalangan penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Multaqa Ilmuwan Islam Perkukuh Perkongsian Ilmu Bersama Masyarakat
- Mohd Naim Tawar Khidmat, Tekankan Pembangunan Dan Suara Rakyat Kinabatangan
- Multaqa Ilmuan Islam: Tiada Sesiapa Boleh Nafikan Jasa UMNO Corakkan Islam Di Negara Ini
“Mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.
“Ketika ini, polis sedang giat mengesan kenderaan terbabit,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Nurul Anati Zulkifli di talian 03-60641222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Jurujual perumahan maut di Batang Kali, polis cari pemandu langgar lari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Skuad Sayang 3K Bukti Kebersamaan Wanita UMNO Bersama Masyarakat – Noraini
- Ahmad Zahid Anggap Skuad Sayang 3K Lambang Keberadaan Wanita UMNO Sentiasa Prihatin
- Ikhlas, Disiplin Dan Amanah Bekal Graduan SPU Teruskan Perjuangan UMNO – Wan Rosdy
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan
You must be logged in to post a comment.