Jet perang Amerika menyamar pesawat komersial
Jet perang Amerika menyamar pesawat komersial

WASHINGTON – Jet tentera Amerika Syarikat (AS) menyamar sebagai pesawat awam untuk menyerang sebuah bot yang didakwa mengangkut dadah pada tahun lepas, dalam serangan yang membunuh 11 orang, lapor New York Times hari ini.
Tindakan itu melanggar undang-undang konflik bersenjata antarabangsa, yang melarang jet tentera ‘berpura-pura status awam bagi mengelirukan musuh’.
Serangan AS itu diumumkan Presiden Donald Trump dalam hantaran media sosial pada 2 September 2025.
Trump berkata, serangan itu menyasarkan anggota organisasi jenayah Tren de Aragua yang beroperasi di bawah kawalan Nicolas MaduroMenurutnya, geng dadah itu bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai, penyeludupan dadah, pemerdagangan seks dan tindakan keganasan lain.
Jet perang itu dicat menyerupai pesawat awam dengan peluru disembunyikan di dalam fiuslaj dan bukannya dibawa secara jelas di bawah sayap, lapor New York Times.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Multaqa Ilmuwan Islam Perkukuh Perkongsian Ilmu Bersama Masyarakat
- Mohd Naim Tawar Khidmat, Tekankan Pembangunan Dan Suara Rakyat Kinabatangan
- Multaqa Ilmuan Islam: Tiada Sesiapa Boleh Nafikan Jasa UMNO Corakkan Islam Di Negara Ini
White House mengesahkan serangan dilakukan secara ‘double tap’ dengan menyerang bot tersebut sebanyak dua kali.
“Dua orang yang terselamat daripada serangan awal kelihatan melambai ke arah pesawat yang menyamar itu sambil berpaut pada serpihan sebelum pihak tentera membunuh mereka dalam serangan kedua,” demikian menurut akhbar berkenaan.
Sekurang-kurangnya 107 orang terbunuh dalam sekurang-kurangnya 30 serangan sejak September tahun lalu, dengan 19 serangan berlaku di Pasifik Timur, enam di Caribbean, dan lima lagi di lokasi yang tidak diketahui. – AFP
Jet perang Amerika menyamar pesawat komersial
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Skuad Sayang 3K Bukti Kebersamaan Wanita UMNO Bersama Masyarakat – Noraini
- Ahmad Zahid Anggap Skuad Sayang 3K Lambang Keberadaan Wanita UMNO Sentiasa Prihatin
- Ikhlas, Disiplin Dan Amanah Bekal Graduan SPU Teruskan Perjuangan UMNO – Wan Rosdy
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan
You must be logged in to post a comment.