Haqiem Stopa & Aireena Sofia Sah Bercerai
Haqiem Stopa & Aireena Sofia Sah Bercerai

Krisis rumah tangga pasangan pempengaruh iaitu Haqiem Stopa dan Aireena Sofia menemui titik noktah selepas mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat, Kuang, Selangor, pada Selasa.
Kemelut rumah tangga mereka menjadi bualan netizen di media sosial selepas tular dakwaan bahawa Haqiem mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang berusia 18 tahun.
“Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Saya telah berpisah dengan si dia pada hari ini.”-kongsi Aireena di Threads

Mohon Doa Orang Ramai
Dalam pada itu, Aireena atau lebih mesra disapa sebagai Jane ini turut memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik untuk dia bersama seorang cahaya mata lelaki, Hud.
“Saya tiada apa-apa ingin disampaikan. Doakan yang terbaik untuk saya dan Hud.
Apa-apa pun, dia tetap ayah kepada Hud. Perbaiki diri, teruskan melangkah ke depan demi masa depan anak.”-tulis Aireena lagi

“Terus Kuat Jane..”
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat membanjiri ruangan komen dengan kata-kata nasihat, malah ramai yang mendoakan ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini untuk terus kuat demi anak yang sedang membesar.
“Terus kuat Jane, semoga dipermudahkan urusan dan moga baik-baik sahaja untuk awak dan anak.”
“Dia bukan bangga post cerai tapi dia perlu announce tak nak terjadinya fitnah. Lagi-lagi dia dan Haqiem ramai orang kenal. Alahai komen pun.”
“Wei nak gi mahkamah tapi macam nak gi ambik result SPM, awet muda mommy anak satu ni.”
“Pelik aku orang-orang ni, celah mana kapsyen dia tah yang dia cakap dia bangga dengan keputusan ni, dia sudah cuba yang terbaik sebelum ini tetapi tiada perubahan, later bila dia tak announce dah cerai, korang juga gosip itu ini.”
Sekadar info, Haqiem Stopa dan Aireena Sofia mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Hud.
Haqiem Stopa & Aireena Sofia Sah Bercerai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Skuad Sayang 3K Bukti Kebersamaan Wanita UMNO Bersama Masyarakat – Noraini
- Ahmad Zahid Anggap Skuad Sayang 3K Lambang Keberadaan Wanita UMNO Sentiasa Prihatin
- Ikhlas, Disiplin Dan Amanah Bekal Graduan SPU Teruskan Perjuangan UMNO – Wan Rosdy
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan
You must be logged in to post a comment.