Enam anggota polis termasuk pesara direman disyaki minta, terima rasuah RM150,000
Enam anggota polis termasuk pesara direman disyaki minta, terima rasuah RM150,000

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan enam lagi individu terdiri daripada empat pegawai, seorang anggota dan pesara polis susulan siasatan berkaitan dakwaan rasuah untuk melindungi aktiviti perniagaan melanggar undang-undang berjumlah kira-kira RM150,000.
Majistret Shyahirah Abdul Salim membenarkan perintah reman lima hari bermula hari ini sehingga 18 Januari selepas permohonan dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret di sini.
Menurut sumber, semua individu berusia 40 hingga 60-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang antara jam 11 pagi hingga 5 petang semalam.
“Semua mereka ditahan bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap pemilik pusat hiburan, pusat urut dan judi haram yang melakukan kesalahan undang-undang.
“Berdasarkan siasatan awal, semua mereka dipercayai melakukan perbuatan itu antara 2016 hingga 2021 dengan menerima rasuah RM500 hingga RM2,000 setiap bulan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Multaqa Ilmuwan Islam Perkukuh Perkongsian Ilmu Bersama Masyarakat
- Mohd Naim Tawar Khidmat, Tekankan Pembangunan Dan Suara Rakyat Kinabatangan
- Multaqa Ilmuan Islam: Tiada Sesiapa Boleh Nafikan Jasa UMNO Corakkan Islam Di Negara Ini
Difahamkan, suspek menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke akaun pihak ketiga daripada pemilik syarikat pinjaman wang berlesen dan perkhidmatan kesihatan manusia untuk menyembunyikan dari sumber mana aliran wang itu diterima.
Terdahulu, suspek terdiri empat pegawai berpangkat Asisten Superintendan (ASP), seorang anggota berpangkat Sarjan dan seorang lagi pesara polis dengan pangkat terakhir sebagai Sarjan tiba di pekarangan mahkamah dengan tangan bergari dan memakai baju lokap SPRM, kira-kira jam 9 pagi.
Peguam K Mahendaran mewakili suspek berpangkat ASP berusia 46 tahun, manakala A Mahesh mewakili seorang lagi pegawai ASP berusia 45 tahun, manakala empat yang lain diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Karunanithy Y Subbiah ketika dihubungi mengesahkan penahanan semua individu itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Penahanan terbaharu itu menjadikan jumlah suspek yang ditahan setakat ini tujuh orang selepas semalam seorang pegawai polis berpangkat ASP ditahan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM27,000.
Enam anggota polis termasuk pesara direman disyaki minta, terima rasuah RM150,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Skuad Sayang 3K Bukti Kebersamaan Wanita UMNO Bersama Masyarakat – Noraini
- Ahmad Zahid Anggap Skuad Sayang 3K Lambang Keberadaan Wanita UMNO Sentiasa Prihatin
- Ikhlas, Disiplin Dan Amanah Bekal Graduan SPU Teruskan Perjuangan UMNO – Wan Rosdy
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan
You must be logged in to post a comment.