Bekas Pengerusi Serantau Muslim didakwa lagi, kali ini babit lebih RM631,000
Bekas Pengerusi Serantau Muslim didakwa lagi, kali ini babit lebih RM631,000

IPOH: Bekas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, di sini hari ini dengan 10 pertuduhan salah guna wang derma bantuan misi kemanusiaan membabitkan nilai keseluruhan RM631,373.13.
Sebelum ini, tertuduh, Mohd Hakim Mohd Nor, 39, didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi ketika prosiding di Ipoh hari ini.
Tertuduh didakwa, sebagai pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) itu secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik pertubuhan berkenaan iaitu wang derma bantuan misi kemanusiaan dengan kerjasama NGO di Myanmar, Yaman, Syria dan Palestin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Multaqa Ilmuwan Islam Perkukuh Perkongsian Ilmu Bersama Masyarakat
- Mohd Naim Tawar Khidmat, Tekankan Pembangunan Dan Suara Rakyat Kinabatangan
- Multaqa Ilmuan Islam: Tiada Sesiapa Boleh Nafikan Jasa UMNO Corakkan Islam Di Negara Ini
Pertuduhan pertama membabitkan salah guna wang sebanyak RM3,000, kedua RM24,121.59, ketiga RM160,000, keempat RM48,000, kelima RM25,000, keenam RM120,002, ketujuh RM40,001.50, kelapan RM34,415, kesembilan RM40,000, dan kesepuluh RM136,833.04.
Perbuatan itu didakwa dilakukan antara Januari 2018 hingga Disember 2021 di tiga bank cawangan masing-masing di Ipoh, Batu Gajah, dan Seri Iskandar; Perak.
Semua 10 pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muaz Ahmad Khairuddin serta Asmaa’ Zamri manakala tertuduh diwakili peguam, Azizzul Shariman Mat Yusoff.
Muaz Ahmad memohon supaya kes tertuduh di Ipoh hari ini, dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 1 Ayer Keroh, Melaka untuk dibicara bersama dengan tidak memohon sebarang syarat untuk jaminan ke atas tertuduh.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2025: UMNO Perlu Bangkit Dengan Prinsip Jelas, Tentukan Hala Tuju
- SUK Titip Doa Perjalanan Perwakilan Ke PAU, Diisi Semangat Juang Demi Parti
- Akta Antibuli 2025 Dimeterai, Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Isu Buli – Azalina
PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara
Azizzul Shariman yang mewakili tertuduh tidak membantah untuk kes di Perak dibicarakan bersama kes di Melaka.
Hakim kemudian membenarkan untuk kes itu dipindah serta dibicarakan di Melaka.
Semalam Mohd Hakim didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh Melaka atas enam pertuduhan salah guna wang misi kemanusiaan membabitkan lebih RM576,000.
Bagi kes di Melaka, jaminan keseluruhan RM35,000 dengan seorang penjamin ditawarkan kepada tertuduh selain 13 Mac depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Isnin lalu, Mohd Hakim didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan menyalahgunakan harta pertubuhan Serantau Muslim berjumlah RM207,000, tujuh tahun lalu, dengan tertuduh turut mengaku tidak bersalah bagi kes itu.
Bekas Pengerusi Serantau Muslim didakwa lagi, kali ini babit lebih RM631,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Skuad Sayang 3K Bukti Kebersamaan Wanita UMNO Bersama Masyarakat – Noraini
- Ahmad Zahid Anggap Skuad Sayang 3K Lambang Keberadaan Wanita UMNO Sentiasa Prihatin
- Ikhlas, Disiplin Dan Amanah Bekal Graduan SPU Teruskan Perjuangan UMNO – Wan Rosdy
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan
You must be logged in to post a comment.