Ayda Jebat Kesal Dengan Sikap Peminat Yang Datang Usap Perut
“Nak Cakap Tak Selesa..”
Ayda Jebat Kesal Dengan Sikap Peminat Yang Datang Usap Perut

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meminta pandangan warganet di media sosial berhubung sikap sesetengah individu yang bertindak sesuka hati memegang perutnya yang sedang sarat hamil tanpa kebenaran.
Kongsi Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat menerusi hantaran di Threads, individu terlibat dengan selamba turut mempersoalkan saiz ‘babybump’ serta meneka jantina bayi yang akan dilahirnya kelak.
“Kadang bila kira tak kenal datang terus pegang perut, tak tahu nak react macam mana. Nak cakap tak selesa tapi tak terkeluar daripada mulut ni. Macam mana kawan-kawan?.
Sambil usap perut sambil ‘berapa bulan dah? Oh kecik je eh, normal ke saiz ni! Macam lelaki je? Normal ke keluar ikut tingkap? Okay bye i’m done.”-kongsi Ayda di Threads

“Kenapa Ada Orang Yang Tak Ada Common Sense..”

Hantaran Ayda mencetuskan pelbagai respon daripada peminat di ruangan komen, malah ramai yang turut berkongsi pengalaman mereka apabila berdepan apabila ‘babybump’ mereka dipegang tanpa kebenaran.
“Tu belum lagi random people datang minta dukung anak masa kenduri kat rumah. Lepastu time nak balik dah, dia suruh anak dia kiss anak kita. ‘Kiss baby nak balik dah’. What 😭. Nak menangis masa tu tapi tak terkeluar segalanya. Masa dia ambik tu pun tak terkeluar ayat ‘sorry, tak boleh’. Stress pulak pikir balik.”
“Eh mana boleh pegang-pegang macam tu. Privacy kita kot. Kawan baik sekalipun saya akan minta izin boleh pegang perut ke tak. Lagi pulak strangers.”
“Kenapa ada orang yang tak ada common sense macam tu ye. Aku takut nak pegang baby bump orang even kawan. Baby orang apatah lagi.”
Sekadar info, Ayda Jebat mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ana Nayla, dan Aali Mateen. Malah, Ayda yang kini sedang sarat hamil anak ketiga ini dijangka bakal melahirkan cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Ayda Jebat Kesal Dengan Sikap Peminat Yang Datang Usap Perut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Skuad Sayang 3K Bukti Kebersamaan Wanita UMNO Bersama Masyarakat – Noraini
- Ahmad Zahid Anggap Skuad Sayang 3K Lambang Keberadaan Wanita UMNO Sentiasa Prihatin
- Ikhlas, Disiplin Dan Amanah Bekal Graduan SPU Teruskan Perjuangan UMNO – Wan Rosdy
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan
You must be logged in to post a comment.