Ahmad Zahid Anggap Skuad Sayang 3K Lambang Keberadaan Wanita UMNO Sentiasa Prihatin
Ahmad Zahid Anggap Skuad Sayang 3K Lambang Keberadaan Wanita UMNO Sentiasa Prihatin

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kehadiran Skuad Sayang 3K Kebangsaan setiap kali bencana menimpa negara adalah sebagai keberadaan Wanita UMNO yang sentiasa prihatin terhadap masyarakat.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Skuad Sayang merupakan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang sangat aktif dan berada di barisan hadapan setiap kali apabila negara memerlukan.
“Apabila Skuad Sayang 3K dijadikan sebagai satu wadah NGO kepada Wanita UMNO Malaysia … masyarakat di luar sana apabila berlaku sahaja bencana, telah mengiktiraf Skuad Sayang sebagai kumpulan NGO yang sangat aktif di barisan hadapan.
“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, kehadiran Skuad Sayang ini boleh ini boleh dirasai oleh mangsa-mangsa yang terkesan. Itulah sebenarnya keberadaan Wanita UMNO yang sentiasa prihatin terhadap masyarakat,” katanya ketika menyampaikan ucapan di majlis Hi-Tea Skuad Sayang dan Pelancaran Jom Sihat yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), sebentar tadi.
Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan bahawa kabinet telah meluluskan peruntukan untuk diberikan kepada sukarelawan yang turun ke bawah bagi menjalankan program khidmat masyarakat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2025: UMNO Perlu Bangkit Dengan Prinsip Jelas, Tentukan Hala Tuju
- SUK Titip Doa Perjalanan Perwakilan Ke PAU, Diisi Semangat Juang Demi Parti
- Akta Antibuli 2025 Dimeterai, Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Isu Buli – Azalina
PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara
“Tentunya usaha ini amat baik dan diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Saya ingin menyatakan bahawa Jawatankuasa Bencana Negara mulai tahun ini … mana-mana sukarelawan terlibat dengan pengurusan bencana di seluruh negara, kabinet telah meluluskan elaun jika mereka turun ke bawah.
“Ini bukan soal elaun bahkan soal menifestasi keberadaan kita di bawah bersama masyarakat. Saya ucapkan tahniah dan berbanyak terima kasih kepada Skuad Sayang 3K yang sentiasa tidak pernah berhenti mencurahkan bakti kepada masyarakat,” katanya lagi.
Turut hadir Penaung Skuad Sayang, Datin Seri Hamidah Khamis, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di samping Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Norliza Abdul Rahim, barisan Exco Wanita UMNO dan anggota Skuad Sayang dari seluruh negara. – UMNO Online
Ahmad Zahid Anggap Skuad Sayang 3K Lambang Keberadaan Wanita UMNO Sentiasa Prihatin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Multaqa Ilmuwan Islam Perkukuh Perkongsian Ilmu Bersama Masyarakat
- Mohd Naim Tawar Khidmat, Tekankan Pembangunan Dan Suara Rakyat Kinabatangan
- Multaqa Ilmuan Islam: Tiada Sesiapa Boleh Nafikan Jasa UMNO Corakkan Islam Di Negara Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.