3 rakan sekerja maut dalam perjalanan hadiri kursus

3 rakan sekerja maut dalam perjalanan hadiri kursus

3 rakan sekerja maut dalam perjalanan hadiri kursus
Tiga lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Paloh, di sini, tengahari tadi. – Foto Ihsan Bomba

GUA MUSANG: Tiga rakan sekerja maut dalam kejadian kemalangan di Kilometer 55 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kursus.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa adalah Mohamed Saiful Kamaruzaman, 33; Nik Azmi Nik Othman, 47; dan Nik Razizi Nik Rahim, 55.

Beliau berkata, kemalangan pada jam 12.40 tengah hari yang membabitkan dua kenderaan, bukan tiga seperti laporan terdahulu.

“Ia berlaku apabila kenderaan serba guna (MPV) dinaiki ketiga-tiga mangsa bersama pemandu berusia 42 tahun dari arah Kota Bharu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

“Kenderaan itu kemudiannya bertembung dengan van dan disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu van tidak sempat mengelak, menyebabkan MPV terbabit berpusing dan melanggar tembok batu penghadang jalan di sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Tidak Pernah Tolak, Eksploitasi Islam – Ahmad Zahid


Beliau berkata, pemandu dan penumpang van serta pemandu MPV parah dan dihantar ke hospital untuk rawatan, manakala mangsa maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Gua Musang di talian 099121222.

 

Tiga rakan sekerja maut dalam kejadian kemalangan di Kilometer 55

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jadikan PAU 2025 Penentu Hala Tuju, Jangan Biar Parti ‘Diracik-racik’ – Mohd Razlan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker