UMNO Tidak Pernah Tolak, Eksploitasi Islam – Ahmad Zahid
UMNO Tidak Pernah Tolak, Eksploitasi Islam – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO tidak pernah menolak atau mengeksploitasikan agama Islam dalam perjuangannya.
Ujarnya, jasa besar UMNO untuk memartabatkan Islam melalui Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan termasuk memperkukuhkan peranan Raja-Raja Melayu tidak boleh dilupakan.
“Saya ingin menegaskan satu perkara; UMNO tidak pernah menolak Islam dan UMNO juga tidak pernah mengeksploitasi agama. Islam pada UMNO ialah panduan kenegaraan, bukan modal politik. Islam dibina melalui dasar dan institusi, bukan slogan mahupun retorik.
“Islam telah dimartabatkan melalui Perkara 3, peranan Raja-Raja Melayu diperkukuhan di dalam Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Inilah jasa besar UMNO yang jangan sesekali kita lupa.
“Pentadbiran hal ehwal dan perundangan Islam disusun secara berautoriti melalui Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri serta Mahkamah Syariah,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Diperangkap Persepsi, Sistem Keadilan Buktikan Ahmad Zahid Tidak Bersalah
- PAU 2025 Penentu Kekuatan Parti Depani Cabaran Politik Semasa
- RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup sempena Multaqa Ilmuan Islam Malaysia yang dianjurkan oleh Majlis Ulama UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Selasa.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pelbagai usaha dan ikhtiar berterusan telah dilakukan oleh UMNO untuk menjadikan Islam berfungsi dalam sebuah negara majmuk yang berdaulat.
“Pendidikan Islam pula terus diperkasakan secara menyeluruh melalui sistem pendidikan kebangsaan, sekolah-sekolah agama, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), institusi-institusi pengajian tinggi dan institusi tahfiz diperkukuh dalam kerangka nasional, agar lahirnya generasi yang seimbang duniawi serta ukhrawi.
“Penubuhan Tabung Haji, pembangunan perbankan dan kewangan Islam, serta pemerkasaan institusi zakat juga wakaf membuktikan bahawa Islam bukan sekadar identiti, tetapi sumber kemakmuran dan kesejahteraan.
“Inilah usaha dan ikhtiar UMNO yang menjadikan Islam berfungsi dalam sebuah negara majmuk yang berdaulat, stabil dan dihormati,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tekankan Pembaharuan, Ketegasan Prinsip Parti Dalam PAU 2025 – Izwan Kamar
- Angkat Aspirasi Anak Muda, Dr. Akmal Doakan Kelancaran Kempen BN Di Kinabatangan, Lamag
- PAU: Wanita UMNO Lakukan Persediaan Awal, Alukan Kehadiran Para Perwakilan
PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kebijaksanaan pemimpin berdasarkan maslahat amat penting untuk membuat keputusan demi kesejahteraan rakyat.
“Namun, kejayaan masa lalu tidak boleh menjadikan kita alpa. Negara dan rakyat hari ini sedang letih. Ketidakstabilan politik, pertarungan emosi perkauman dan politik kebencian yang disulami sentimen agama semakin tidak terkawal.
“Pada waktu yang sama, tekanan ekonomi global, inflasi, kenaikan kos sara hidup dan ketidaktentuan pasaran terus menghimpit rakyat. Paling terkesan golongan sederhana (M40) dan bawahan (B40).
“Sebagai umara’ dan ulama’, soalan yang mesti kita jawab … adakah keputusan politik kita mengurangkan mudarat rakyat, atau menambah beban mereka?
“Di sinilah kepimpinan dan keilmuan diuji. Bukan pada kepantasan bertindak, tetapi pada kebijaksanaan menimbang berpaksikan maslahat dan mudarat. Di sinilah penting untuk kita berbicara mengenai satu pendekatan fiqh yang dikenali sebagai Fiqh al-Mizan,” katanya lagi. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2025: UMNO Perlu Bangkit Dengan Prinsip Jelas, Tentukan Hala Tuju
- SUK Titip Doa Perjalanan Perwakilan Ke PAU, Diisi Semangat Juang Demi Parti
- Akta Antibuli 2025 Dimeterai, Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Isu Buli – Azalina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara
You must be logged in to post a comment.