Multaqa Ilmuwan Islam Perkukuh Perkongsian Ilmu Bersama Masyarakat
Multaqa Ilmuwan Islam Perkukuh Perkongsian Ilmu Bersama Masyarakat

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Pengerusi Yayasan Ilmuwan Islam Malaysia, Datuk Dusuki Ahmad melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT apabila Multaqa Ilmuwan Islam berjaya dianjurkan pada tahun ini sebagai platform perkongsian ilmu bersama masyarakat.
Menurut beliau, penganjuran multaqa tersebut menghimpunkan ulama, ilmuwan Islam dan cendekiawan lain dalam usaha memperkukuh kefahaman umat terhadap pelbagai isu semasa berkaitan agama serta masyarakat.
Katanya, kehadiran panelis jemputan yang berpengalaman dan berautoriti dalam bidang masing-masing memberi nilai tambah kepada penganjuran program berkenaan serta membuka ruang perbincangan yang matang dan berfakta.
“Dengan penyertaan panelis yang arif, para peserta yang terdiri daripada ilmuwan, pensyarah dan masyarakat umum berpeluang berkongsi pandangan serta memperoleh manfaat ilmu yang sebaiknya,” katanya dalam ucapan alu-aluan, di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Diperangkap Persepsi, Sistem Keadilan Buktikan Ahmad Zahid Tidak Bersalah
- PAU 2025 Penentu Kekuatan Parti Depani Cabaran Politik Semasa
- RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
Pada masa yang sama beliau turut menzahirkan kegembiraan dan mengucapkan syukur kehadrat Allah swt kerana program itu mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk ulama, ilmuwan Islam, pensyarah institusi pengajian tinggi serta golongan cendekiawan.
Antara panelis yang terlibat dalam Multaqa Ilmuwan Islam kali ini ialah Dekan Fakulti Syariah & Undang-Undang USIM, Prof. Madya Dr. Abdul Manan , Mufti Wilayah PersekutuanDr. Ustaz Haji Ahmad Fauwaz Datuk Ustaz Haji Fadzil Noor dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyampaikan ucaptama dan majlis penutup akan di sempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – UMNO Online
Multaqa Ilmuwan Islam Perkukuh Perkongsian Ilmu Bersama Masyarakat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2025: UMNO Perlu Bangkit Dengan Prinsip Jelas, Tentukan Hala Tuju
- SUK Titip Doa Perjalanan Perwakilan Ke PAU, Diisi Semangat Juang Demi Parti
- Akta Antibuli 2025 Dimeterai, Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Isu Buli – Azalina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara
You must be logged in to post a comment.