Wanita 87 tahun terperosok bawah bas
Wanita 87 tahun terperosok bawah bas

TAIPEI – Seorang wanita warga emas yang menunggang skuter terperosok di bawah sebuah bas selepas melanggar bahagian sisi kenderaan awam itu di Taiwan, lapor laman berita MSNews kelmarin.
Kejadian berlaku di Perbandaran Caotun, daerah Nantou pada pukul 10.30 pagi (waktu tempatan), Isnin minggu lalu.
Menyedari kenderaannya akan bertembung dengan wanita berusia 87 tahun yang dikenali sebaga Li, pemandu bas segera menekan brek tetapi warga emas tersebut terjatuh.
Pemandu bas kemudian cuba mengundur kenderaan itu, namun pergerakan tersebut menyebabkan bahagian hadapan skuter dan bawah badan Li tersepit di bawah bas.
Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian cuba menggunakan batu-bata dan pam untuk mengangkat bas tersebut.
Namun, mereka terpaksa mencari kaedah lain untuk menyelamatkan mangsa kerana pemegang motosikal tersekat pada casis bas.
Selepas kira-kira 20 minit, mereka berjaya mengeluarkan mangsa yang kekal sedar sepanjang operasi menyelamat dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Menurut Ketua Skuad Trafik Balai Polis Caotun, Lai Chi-wen, wanita itu disahkan patah pada kedua-dua belah kakinya. – AGENSI
Wanita 87 tahun terperosok bawah bas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2025: UMNO Perlu Bangkit Dengan Prinsip Jelas, Tentukan Hala Tuju
- SUK Titip Doa Perjalanan Perwakilan Ke PAU, Diisi Semangat Juang Demi Parti
- Akta Antibuli 2025 Dimeterai, Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Isu Buli – Azalina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara
You must be logged in to post a comment.