Usaha padam kebakaran hutan di Australia sukar
Usaha padam kebakaran hutan di Australia sukar

SYDNEY – Pihak berkuasa Australia menyatakan bahawa pasukan bomba dijangka mengambil masa berminggu-minggu untuk mengawal kebakaran hutan di tenggara negara itu yang telah memusnahkan banyak rumah, dengan ribuan kediaman terputus bekalan elektrik, lapor saluran berita Channel News Asia.
Kebakaran tersebut telah merebak merentasi lebih 300,000 hektar kawasan belukar di negeri Victoria sejak pertengahan minggu lalu, memusnahkan lebih 130 hartanah termasuk rumah serta dan menyebabkan ribuan penduduk terputus bekalan elektrik.
Ketua Pegawai Bomba Pengurusan Kebakaran Hutan Victoria, Chris Hardman berkata, pasukan bomba berkemungkinan memerlukan masa berminggu-minggu untuk mengawal kebakaran tersebut.
“Kebakaran ini tidak akan dapat dikawal sepenuhnya sebelum keadaan kembali panas, kering dan berangin,” kata Hardman kepada stesen televisyen Perbadanan Penyiaran Australia.
Ketua Menteri Victoria, Jacinta Allan berkata, terdapat lebih 30 kebakaran yang masih marak di negeri itu setakat pagi ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tekankan Pembaharuan, Ketegasan Prinsip Parti Dalam PAU 2025 – Izwan Kamar
- Angkat Aspirasi Anak Muda, Dr. Akmal Doakan Kelancaran Kempen BN Di Kinabatangan, Lamag
- PAU: Wanita UMNO Lakukan Persediaan Awal, Alukan Kehadiran Para Perwakilan
PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN
Allan berkata di platform X bahawa larangan pembakaran sepenuhnya telah dikuatkuasakan di Victoria ketika ribuan anggota bomba dan lebih 70 pesawat berjuang memadam kebakaran.
“Asap kebakaran belukar kini menjejaskan kualiti udara di banyak kawasan di seluruh Victoria, termasuk rantau metropolitan Melbourne,” tambahnya.
Menurut Perkhidmatan Bomba Luar Bandar Negeri New South Wales, beberapa kebakaran berhampiran sempadan negeri Victoria berada pada tahap kecemasan, iaitu penarafan bahaya tertinggi.
Salah satu kebakaran terbesar, berhampiran bandar Longwood kira-kira 112 kilometer di utara ibu negeri, Melbourne telah membakar 130,000 hektar kawasan belukar, memusnahkan 30 struktur, ladang anggur dan tanah pertanian. – AGENSI
Usaha padam kebakaran hutan di Australia sukar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2025: UMNO Perlu Bangkit Dengan Prinsip Jelas, Tentukan Hala Tuju
- SUK Titip Doa Perjalanan Perwakilan Ke PAU, Diisi Semangat Juang Demi Parti
- Akta Antibuli 2025 Dimeterai, Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Isu Buli – Azalina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara
You must be logged in to post a comment.