Seleweng derma orang ramai, pengerusi NGO akan dituduh hari ini
Seleweng derma orang ramai, pengerusi NGO akan dituduh hari ini

KUALA LUMPUR: Seorang pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) yang ditahan melalui Op Serantau yang disyaki terbabit aktiviti seleweng sumbangan orang ramai akan dituduh di mahkamah, hari ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur, di sini, jam 8.30 pagi.
Terdahulu media melaporkan sekurang-kurangnya tiga NGO ‘popular’ berada dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dikesan mengumpul ‘harta haram’ hasil kutipan dana jutaan ringgit.
Dalam pertemuan dengan Harian Metro, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata risikan dan siasatan sudah dilakukan pihaknya terhadap NGO berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tekankan Pembaharuan, Ketegasan Prinsip Parti Dalam PAU 2025 – Izwan Kamar
- Angkat Aspirasi Anak Muda, Dr. Akmal Doakan Kelancaran Kempen BN Di Kinabatangan, Lamag
- PAU: Wanita UMNO Lakukan Persediaan Awal, Alukan Kehadiran Para Perwakilan
PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Media turut melaporkan seleweng sumbangan orang ramai dengan memindahkan dana pertubuhan ke akaun peribadi dan membeli barang kemas, kereta, tanah serta rumah termasuk mata wang kripto bernilai RM26 juta.
Itu modus operandi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengutip sumbangan orang ramai malah wang lebihan projek pembinaan telaga bagi misi kemanusiaan di Syria turut ‘digelapkan’ untuk kegunaan sendiri.
Kegiatan NGO terbabit bagaimanapun terbongkar selepas SPRM membuat tangkapan lima suspek termasuk pengerusi, setiausaha, bendahari dan pegawai kewangan NGO itu menerusi Op Serantau dijalankan SPRM Selangor.
Sumber dipetik berkata, serbuan dibuat di beberapa lokasi di sekitar Selangor, Melaka dan Pulau Pinang bermula Jun tahun lalu.
Seleweng derma orang ramai, pengerusi NGO akan dituduh hari ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2025: UMNO Perlu Bangkit Dengan Prinsip Jelas, Tentukan Hala Tuju
- SUK Titip Doa Perjalanan Perwakilan Ke PAU, Diisi Semangat Juang Demi Parti
- Akta Antibuli 2025 Dimeterai, Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Isu Buli – Azalina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara
You must be logged in to post a comment.