Penipuan dalam talian: Polis tahan 9 disyaki keldai akaun
Penipuan dalam talian: Polis tahan 9 disyaki keldai akaun

MUAR: Polis menahan sembilan individu disyaki berperanan sebagai keldai akaun yang berkait kegiatan penipuan dalam talian, melalui operasi bersepadu di sekitar daerah ini, semalam.
Semua suspek berusia antara 24 hingga 59 tahun itu, termasuk dua wanita, diberkas oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata suspek terbabit dipercayai menjadi keldai akaun dengan menyerahkan kad ATM dan butiran perbankan kepada sindiket penipuan dalam talian.
Beliau berkata, sindiket itu kemudian menggunakan butiran perbankan suspek sebagai medium penerimaan wang daripada mangsa, hasil penipuan dilakukan.
“Berdasarkan hasil siasatan awal, pembabitan suspek dengan akaun yang digunakan dalam aktiviti penipuan itu dikesan berlaku sepanjang tempoh Disember 2024 hingga Oktober lalu, bergantung pada peranan dan kes masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.
Raiz Mukhliz berkata, penahanan suspek berkenaan turut berkait siasatan kes penipuan dalam talian membabitkan keseluruhan kerugian berjumlah lebih RM781,000.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Penipuan dalam talian: Polis tahan 9 disyaki keldai akaun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2025: UMNO Perlu Bangkit Dengan Prinsip Jelas, Tentukan Hala Tuju
- SUK Titip Doa Perjalanan Perwakilan Ke PAU, Diisi Semangat Juang Demi Parti
- Akta Antibuli 2025 Dimeterai, Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Isu Buli – Azalina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara
You must be logged in to post a comment.