Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim didakwa salah guna wang derma RM207,000

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim didakwa salah guna wang derma RM207,000

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim didakwa salah guna wang derma RM207,000
Mohd Hakim (tengah) diiringi pegawai SPRM ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. – Foto NSTP/Raihana Mansor

KUALA LUMPUR; Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim, Mohd Hakim Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dakwaan menyalahguna harta pertubuhan itu berjumlah RM207,000, tujuh tahun lalu.

Harta yang didakwa disalahguna itu membabitkan wang derma bantuan misi kemanusiaan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Myanmar, Yaman, Syria dan Palestin.

Mohd Hakim, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Dia didakwa sebagai pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik pertubuhan itu di Maybank Islamic Berhad, Cawangan Kompleks Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin di sini pada 27 Disember 2019.

Tuduhan itu adalah mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim didakwa salah guna wang derma RM207,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker