PAU 2025: UMNO Perlu Bangkit Dengan Prinsip Jelas, Tentukan Hala Tuju
PAU 2025: UMNO Perlu Bangkit Dengan Prinsip Jelas, Tentukan Hala Tuju

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Mazalan Maarop memaklumkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 akan datang perlu menjadi medan untuk menetapkan pendirian jelas mengenai hala tuju parti, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Beliau berkata, ketegasan dalam menentukan prinsip perjuangan parti amat penting bagi memastikan UMNO kekal relevan dan tidak terus dibayangi oleh kepentingan mana-mana individu.
“Di PAU nanti UMNO perlu tegas dalam membina prinsip untuk bergerak solo di PRU akan datang.
“UMNO bertahan di Kerajaan Perpaduan ketika ini demi membina kekuatan parti bukan kekuatan individu,” katanya ketika dihubungi UMNO Online.
Mengulas lanjut, Mazalan berkata PAU kali ini sangat penting kerana ia bukan sahaja menjadi medan perbahasan, tetapi juga ruang untuk UMNO membuat penilaian menyeluruh terhadap prestasi parti, dasar semasa serta pendekatan yang perlu diambil bagi memastikan kelangsungan perjuangan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Diperangkap Persepsi, Sistem Keadilan Buktikan Ahmad Zahid Tidak Bersalah
- PAU 2025 Penentu Kekuatan Parti Depani Cabaran Politik Semasa
- RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
Menurut beliau, ia juga menjadi pentas kepada suara akar umbi untuk didengar secara serius oleh kepimpinan tertinggi, khususnya dalam merangka strategi menghadapi PRU.
Katanya lagi, sebarang keputusan atau perubahan strategi parti haruslah dibuat secara kolektif, matang dan berpaksikan kepada kepentingan jangka panjang UMNO serta rakyat yang telah sekian lama meletakkan kepercayaan kepada parti itu.
“PAU bukan sekadar simbolik perhimpunan tahunan. Ia adalah platform untuk merapatkan barisan, membina kesepakatan, dan memperkukuh keyakinan bahawa UMNO masih relevan dan berkemampuan untuk berdiri sendiri.
“Suara akar umbi perlu diangkat, dan keputusan besar seperti hala tuju PRU harus berlandaskan aspirasi majoriti ahli, bukan keputusan segelintir,” ujarnya.
Mazalan menambah UMNO juga perlu dilihat ke hadapan dalam membawa isu rakyat dengan mengatur susun gerak kerja serta mengendalikannya secara objektif.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azhari Yakin PAU 2025 Bawa Gelombang Hala Tuju Kebangkitan UMNO
- UMNO Tidak Pernah Abaikan Agenda Islam dan Melayu – Nurulhidayah
- PAU 2025: Rapatkan Saf, Utamakan Parti – Faiz Hashim
Pemuda UMNO: Antara Perjuangan Dan Pemain Selamat Dalam Barisannya.
“Memperkasakan UMNO/BN di bahagian-bahagian bagi meningkatkan masa berinteraksi dengan rakyat dengan perlaksanaan gerak kerja dengan menggunakan manfaat dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk disalurkan terus bagi manfaat rakyat dengan cara identiti UMNO/BN dilihat di mata rakyat sebagai membantu rakyat.
“UMNO di bahagian-bahagian hendaklah mula menampilkan calon-calon berpotensi (di kawasan UMNO/BN bukan sebagai penyandang) untuk turut bersama dalam perlaksanaan gerak kerja di bahagian-bahagian seperti mana disebutkan supaya calon-calon potensi ini dikenali dan diketahui oleh rakyat dan pengundi dalam kawasan-kawasan,” ujar beliau. – UMNO Online
Oleh: Nurul Saadah Latib
PAU 2025: UMNO Perlu Bangkit Dengan Prinsip Jelas, Tentukan Hala Tuju
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tekankan Pembaharuan, Ketegasan Prinsip Parti Dalam PAU 2025 – Izwan Kamar
- Angkat Aspirasi Anak Muda, Dr. Akmal Doakan Kelancaran Kempen BN Di Kinabatangan, Lamag
- PAU: Wanita UMNO Lakukan Persediaan Awal, Alukan Kehadiran Para Perwakilan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN
You must be logged in to post a comment.