Gelap mata tawaran keuntungan 500 peratus, doktor rugi RM888,000 akibat pelaburan tak wujud

Gelap mata tawaran keuntungan 500 peratus, doktor rugi RM888,000 akibat pelaburan tak wujud

Gelap mata tawaran keuntungan 500 peratus, doktor rugi RM888,000 akibat pelaburan tak wujud

KUANTAN: Seorang doktor berusia 44 tahun kerugian RM888,000 selepas terpedaya skim pelaburan tidak wujud yang menawarkan keuntungan hingga 500 peratus.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam, lelaki itu berminat menyertai pelaburan saham terbabit selepas iklan di Facebook pada 18 September tahun lalu.

Mangsa kemudian berurusan dengan suspek melalui WhatsApp sebelum dimasukkan dalam satu kumpulan di aplikasi terbabit dikenali sebagai `Aura Wealth Navigation’.

“Suspek menawarkan skim pelaburan saham dikenali sebagai `TNB Aura’ yang menjanjikan pulangan keuntungan antara 18 hingga 22 peraturan serta keuntungan hingga 500 peratus sekiranya sasaran pelaburan sebanyak 24 saham yang ditawarkan dapat dicapai.

“Pada masa sama, mangsa turut diarahkan memuat turun dan memasang satu aplikasi pelaburan bernama `AURAMY’ melalui pautan yang diberikan suspek bagi tujuan pendaftaran sebagai ahli pelaburan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN



DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Bermula dari 8 November tahun lalu hingga 7 Januari lalu, mangsa melakukan 21 transaksi pindahan wang kepada lima akaun bank berbeza yang didaftarkan atas nama beberapa syarikat berkaitan yang keseluruhan berjumlah RM888,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, mangsa hanya menerima keuntungan sekali sahaja pada peringkat awal pelaburan berjumlah RM1,000 sebelum gagal menerima sebarang pulangan seterusnya seperti yang dijanjikan.

Katanya, siasatan mendapati sumber kewangan mangsa daripada wang simpanan peribadi, pinjaman peribadi, pelaburan ASB serta Tabung Haji.

Gelap mata tawaran keuntungan 500 peratus, doktor rugi RM888,000 akibat pelaburan tak wujud


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker