Dua budak nyaris lemas dalam kolam renang tingkat 42 kondominium

Dua budak nyaris lemas dalam kolam renang tingkat 42 kondominium

Dua budak nyaris lemas dalam kolam renang tingkat 42 kondominium

GEORGE TOWN, 11 Jan (Bernama) – Dua kanak-kanak berusia tujuh tahun yang mempunyai hubungan kekeluargaan nyaris lemas di dalam kolam renang sebuah kondominium di Bayan Baru, di sini dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Anuwal Ab Wahab berkata seorang mangsa kini dilaporkan kritikal dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP), manakala seorang lagi telah sedar dan sedang menerima rawatan lanjut di wad kanak-kanak hospital sama.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan pada 9 pagi memaklumkan kanak-kanak lelaki dan perempuan ditemukan tidak sedarkan diri di tepi kolam renang premis berkenaan.

“Berdasarkan siasatan awal, pengadu berusia 39 tahun yang juga bapa kepada kanak-kanak perempuan menerima panggilan telefon daripada adik perempuannya memaklumkan bahawa anak dan anak saudaranya dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi kolam renang.

“Pengadu kemudian membawa kedua-dua mangsa ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke HPP bagi rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anuwal berkata pemeriksaan polis mendapati kejadian berlaku di kolam renang di tingkat 42 premis berkenaan dan tiada petugas berada di lokasi semasa insiden itu terjadi.

Beliau berkata semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan adik perempuan pengadu membawa kedua-dua mangsa ke kolam renang pada 8.30 pagi, kemudian mereka dilihat berjalan dari kolam kanak-kanak ke kolam dewasa sebelum ditemukan tidak sedarkan diri oleh orang awam.

Katanya, pengadu difahamkan datang ke negeri ini untuk bercuti bersama-sama keluarga dan telah menginap di sebuah unit inap desa di kondomimium terbabit sejak 9 Jan dan dijangka pulang ke Kulim, Kedah pada hari ini.

Beliau memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang unsur kecuaian atau salah laku mana-mana pihak yang terlibat.

– BERNAMA

Dua budak nyaris lemas dalam kolam renang tingkat 42 kondominium


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker