Berang SUV dipotong kereta tak beri signal, pemandu warga emas acu ‘pistol’ diberkas
Berang SUV dipotong kereta tak beri signal, pemandu warga emas acu ‘pistol’ diberkas

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas ditahan, hari ini, selepas tular satu rakaman video memaparkan pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mengacukan objek menyerupai pistol di Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat Kuala Lumpur (E37) di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chan Hook, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 4.13 petang tadi daripada seorang anggota polis selepas melihat video berdurasi 34 saat itu yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok.
Susulan itu, katanya, suspek berusia 60 tahun itu berjaya dikesan dan ditahan sekitar jam 7 malam ini.
Beliau berkata, suspek kemudian mengaku dia adalah individu sama yang memandu SUV itu dan mengacukan pistol mainan dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam, sebagaimana paparan video berkenaan.
“Polis turut merampas dua pucuk pistol mainan dan sebuah SUV milik suspek bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tekankan Pembaharuan, Ketegasan Prinsip Parti Dalam PAU 2025 – Izwan Kamar
- Angkat Aspirasi Anak Muda, Dr. Akmal Doakan Kelancaran Kempen BN Di Kinabatangan, Lamag
- PAU: Wanita UMNO Lakukan Persediaan Awal, Alukan Kehadiran Para Perwakilan
PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN
Chan Hook berkata, hasil semakan mendapati suspek yang tidak bekerja itu mempunyai lima rekod jenayah lampau.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan sebuah kereta yang dikatakan memotong kenderaannya dan masuk ke lorongnya semula tanpa memberikan isyarat lampu.
“Suspek dikatakan tidak berpuas hati serta memotong kereta itu semula. Ketika itu, pemandu kereta berkenaan yang juga seorang lelaki, didakwa menurunkan cermin tingkap serta memarahi suspek.
“Suspek kemudian turut menurunkan cermin tingkap kenderaannya dan menunjukkan pistol mainan ke arah pemandu kereta terbabit sebelum meneruskan perjalanan,” katanya.
Chan Hook berkata, suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan permohonan reman ke atasnya akan dibuat esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960,” katanya.
Berang SUV dipotong kereta tak beri signal, pemandu warga emas acu ‘pistol’ diberkas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2025: UMNO Perlu Bangkit Dengan Prinsip Jelas, Tentukan Hala Tuju
- SUK Titip Doa Perjalanan Perwakilan Ke PAU, Diisi Semangat Juang Demi Parti
- Akta Antibuli 2025 Dimeterai, Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Isu Buli – Azalina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara
You must be logged in to post a comment.