Bas hilang kawalan punca nahas di Lebuhraya PLUS
Bas hilang kawalan punca nahas di Lebuhraya PLUS

KUALA LUMPUR: Nahas bas ekspres dan lori yang menyebabkan seorang penumpang bas maut manakala sembilan cedera, dipercayai berpunca daripada bas hilang kawalan di Kilometer 441.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Arifin Mohamad Nasir, berkata siasatan polis mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 5.45 pagi, sebelum laporan polis diterima pada jam 7.45 pagi.
“Kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu bas ekspres yang berada di lorong kanan gagal mengawal kenderaan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum melintang di tengah jalan.
“Sebuah lori bonded dan sebuah motosikal yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian kiri bas itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, akibat perlanggaran itu, seorang penumpang bas disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tekankan Pembaharuan, Ketegasan Prinsip Parti Dalam PAU 2025 – Izwan Kamar
- Angkat Aspirasi Anak Muda, Dr. Akmal Doakan Kelancaran Kempen BN Di Kinabatangan, Lamag
- PAU: Wanita UMNO Lakukan Persediaan Awal, Alukan Kehadiran Para Perwakilan
PRK Kinabatangan & Lamag: Wanita UMNO Sabah Tekad Bantu Pastikan Kemenangan BN
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Manakala, pemandu lori, penunggang motosikal serta tujuh penumpang bas yang mengalami kecederaan parah dan kini sedang dirawat di hospital yang sama.
“Bagaimanapun, pemandu bas diisahkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dam orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan polis.
“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Noor Farah Hanim Abu Bakar di talian 0193311552 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 0361262222.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan nahas arah selatan antara laluan Sungai Buaya ke Rawang menyebabkan kesesakan trafik dianggarkan lebih tujuh kilometer.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Diperangkap Persepsi, Sistem Keadilan Buktikan Ahmad Zahid Tidak Bersalah
- PAU 2025 Penentu Kekuatan Parti Depani Cabaran Politik Semasa
- RISDA Salur 1,630 Tangki Air Kepada Pekebun Kecil di Sabah
PAU 2025 Himpun 6,412 Perwakilan, 662 Usul Diterima – SUA
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pula dilaporkan berkata bas ekspres terbabit membawa 40 penumpang dan dua pemandu, dengan 38 penumpang berjaya keluar dengan selamat, manakala empat mangsa tersepit di dalam bas.
Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya berdepan kesukaran semasa operasi mengeluarkan penumpang bas lelaki berusia lingkungan 50-an berikutan struktur pembahagi jalan menghimpit kaki mangsa yang kemudian berjaya dikeluarkan pada 8.53 pagi.
Bas hilang kawalan punca nahas di Lebuhraya PLUS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2025: UMNO Perlu Bangkit Dengan Prinsip Jelas, Tentukan Hala Tuju
- SUK Titip Doa Perjalanan Perwakilan Ke PAU, Diisi Semangat Juang Demi Parti
- Akta Antibuli 2025 Dimeterai, Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Isu Buli – Azalina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara
You must be logged in to post a comment.