Anak bakar rumah ibu selepas bergaduh

Anak bakar rumah ibu selepas bergaduh

Anak bakar rumah ibu selepas bergaduh
SEORANG anak membakar rumah selepas bertengkar dengan ibunya. – Foto Khaosod/Facebook/Winai Pumnum

BANGKOK – Seorang lelaki berusia 37 tahun di Thailand didakwa atas kesalahan membakar rumah keluarganya dalam keadaan marah setelah bertengkar dengan ibunya, lapor laman berita MSNews hari ini.

Menurut akhbar The Bangkok Post, kebakaran itu tercetus sekitar pukul 9.50 pagi (waktu tempatan) pada Ahad minggu lalu di pasar Khao Sai, daerah Thap Khlo, wilayah Pichit.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan bahawa kebakaran tersebut turut memusnahkan 10 buah rumah dan menyebabkan kerugian dianggarkan berjumlah 50 juta baht (RM6.5 juta).

Media Thailand melaporkan, suspek yang dikenal pasti sebagai Yutthana menjadi berang selepas bertengkar dengan ibunya mengenai wang.

Dia didakwa berundur ke biliknya sebelum sengaja menyalakan api.

Rumah berkenaan milik ibunya dikenali sebagai Wanna, yang turut mengendalikan sebuah premis penjualan gas memasak di lokasi tersebut. Ia dipercayai menyumbang kepada penyebaran api dengan pantas.

Ketika pasukan bomba tiba, api sudah pun merebak dan memusnahkan rumah-rumah berhampiran.

Polis kemudian mendapati bahawa Yutthana memiliki pil methamphetamine dan sepucuk senjata api semasa ditahan.

Siasatan kes tu yang melibatkan dua orang cedera masih dijalankan. – AGENSI

Anak bakar rumah ibu selepas bergaduh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU: Medan Penting Tentu Masa Depan Perjuangan Parti, Hala Tuju Negara

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker